Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah
Origin: Micromégas - Zadig - Candide
Author: Voltaire
Translator: Fatin Awanis Ahmad Tajuddin Sobri
Publisher: Inisiatif
Buku Darul Ehsan
ISBN: 9789671549766
Year: 2018
Pages: 228
pp
Price: RM30.00
Zadiq, Micromegas dan Candide merupakan tiga cerita satira
falsafah yang ditulis oleh Voltaire sebagai parodi, antaranya untuk menyindir
institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan ketika zamannya. Antara
pendekatannya melalui satira-satira ini ialah dengan menampilkan sebuah
pengembaraan aneh watak-wataknya, dan dalam masa yang sama menyampaikan
kritikan-kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya
masyarakat sekaligus. Dari satu sisi, Voltaire juga menganjurkan penyisihan
terhadap falsafah optimism - seperti yang ditunjukkan dalam Candide - dalam
usahanya untuk menggalakkan lingkungan masyarakat sekeliling bersama-sama
memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan mereka sendiri, Voltaire sempat
dipenjarakan beberapa kali dan dibuang negeri kerana tulisan-tulisannya yang
mencabar status quo.
---------
Dilahirkan di Paris pada tahun 1694 dengan nama
François-Marie Arouet, Voltaire dikenali sebagai seorang daripada penulis zaman
Pencerahan terulung asal Perancis. Idea-ideanya melingkari atau merupakan
lanjutan kepada pemikiran tokoh-tokoh seperti John Locke, Francis Bacon dan
Isaac Newton. Karangan-karangan yang dihasilkannya kerap diharamkan oleh
pemerintahan kerajaan Perancis waktu itu.
Selain risalah-risalah kritikan terhadap budaya dan gereja,
misalnya seperti Letters on the English (1733), The Age of Louis XIV (1751) dan
Essay on the Customs and the Spirit of the Nation (1756), beliau turut menulis
puisi-puisi serta pementasan drama. Karya-karya falsafahnya yang terkenal pula
tampil dalam bentuk cerita-cerita satira; Candide disifatkan sebagai antara
karangannya yang terbaik.