Zadig, Micromegas dan Candide: Tiga Cerita Falsafah

RM30.00
9789671549766
32 item(s)
+

Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah

Origin: Micromégas - Zadig - Candide

Author: Voltaire

Translator: Fatin Awanis Ahmad Tajuddin Sobri

Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan

ISBN: 9789671549766

Year: 2018

Pages: 228 pp

Price: RM30.00

Zadiq, Micromegas dan Candide merupakan tiga cerita satira falsafah yang ditulis oleh Voltaire sebagai parodi, antaranya untuk menyindir institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan ketika zamannya. Antara pendekatannya melalui satira-satira ini ialah dengan menampilkan sebuah pengembaraan aneh watak-wataknya, dan dalam masa yang sama menyampaikan kritikan-kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya masyarakat sekaligus. Dari satu sisi, Voltaire juga menganjurkan penyisihan terhadap falsafah optimism - seperti yang ditunjukkan dalam Candide - dalam usahanya untuk menggalakkan lingkungan masyarakat sekeliling bersama-sama memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan mereka sendiri, Voltaire sempat dipenjarakan beberapa kali dan dibuang negeri kerana tulisan-tulisannya yang mencabar status quo.

---------

Dilahirkan di Paris pada tahun 1694 dengan nama François-Marie Arouet, Voltaire dikenali sebagai seorang daripada penulis zaman Pencerahan terulung asal Perancis. Idea-ideanya melingkari atau merupakan lanjutan kepada pemikiran tokoh-tokoh seperti John Locke, Francis Bacon dan Isaac Newton. Karangan-karangan yang dihasilkannya kerap diharamkan oleh pemerintahan kerajaan Perancis waktu itu.

Selain risalah-risalah kritikan terhadap budaya dan gereja, misalnya seperti Letters on the English (1733), The Age of Louis XIV (1751) dan Essay on the Customs and the Spirit of the Nation (1756), beliau turut menulis puisi-puisi serta pementasan drama. Karya-karya falsafahnya yang terkenal pula tampil dalam bentuk cerita-cerita satira; Candide disifatkan sebagai antara karangannya yang terbaik.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI