Zionisme, Iran dan Arab : Membongkar Akar Konflik Di Timur Tengah

RM35.00
9789671363812
3 item(s)
+

Zionisme, Iran dan Arab : Membongkar Akar Konflik Di Timur Tengah

Authors: Mohd Nasaie Ismail
Publisher: Saif Edaran
ISBN: 9789671363812
Tahun: 2025
Weight: 211 gsm 
Pages: 177 ms
Price: RM35

Konflik Iran-Israel pada Jun 2025 membongkar naratif lama yang sering diufang sejak satu abad lalu bahawa Israel adalah mangsa kebencian etnik dan agama, sentiasa diancam oleh jiran-jiran Arabnya. Dunia sering menggambarkan konflik ini sebagai pertembungan antara dua etnik (Israel dan Palestin) atau dua agama (Yahudi dan Islam).

Namun, fakta sejarah membuktikan sebaliknya. Konflik ini berpunca daripada gerakan pendatang Zionis yang mewakili kelompok eksklusif tertentu dari Eropah Timur, menentang penduduk tempatan Palestin yang berbilang agama dan bangsa. la mencetuskan penentangan dan keganasan, lalu menjadikan Timur Tengah sinonim dengan peperangan.

Lebih 320 resolusi PBB dan rekod arkib British-Israel sendiri menunjukkan wujudnya keganasan secara sistematik yang dirancang awal oleh Zionis bertujuan mengubah demografi rantau tersebut, agar kelompok tertentu menjadi majoriti. Ini termasuk pengusiran penduduk asal, serta manipulasi dan paksaan terhadap penganut Yahudi di Eropah dan dunia Arab untuk berhijrah ke Palestin.

Gerakan ini dilihat sebagai kesinambungan penjajahan gaya Barat, yang pernah menyaksikan pembunuhan 300 ribu nyawa di Nanjing, China oleh Jepun. 1.5 juta nyawa rakyat Algeria oleh penjajah Perancis, serta ratusan ribu nyawa rakyat Vietnam, Afghanistan dan Iraq oleh Amerika Syarikat.

Karya ini mendedahkan jenayah keganasan oleh kumpulan para-militari Haganah, Irgun dan Lehi yang bukan hanya terhadap penduduk asal Palestin, tetapi juga orang Yahudi dan rakyat British yang turut menjadi mangsa keganasan Zionis. la turut menganalisis resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa yang mendokumentasi jenayah seperti pembunuhan terancang. pembersihan etnik, rampasan tanah, pencerobohan dan penciptaan perang demi perubahan rejim.

Kemuncak konflik ialah serangan Israel ke atas Iran pada Jun 2025, satu tindakan pre-emptive' tanpa provokasi yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa, Akhimya, karya ini merakam kebangkitan suara dunia, terutamanya dari Eropah yang semakin luntang menentang jenayah perang ini dan membuka peluang kepada pengakhiran krisis yang telah berlanjutan selama satu abad.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI