Adab Menyara Hidup

RM35.00
9789671946534
8 item(s)
+

Adab Menyara Hidup

Author: Imām al-Sarakhsī
Translator: Amru Sazali
Publisher: Kafilah Buku & Halaqah Muamalah
ISBN: 9789671946534
Weight: 
Pages: 168pp
Year: 2022
Price: RM35

Di tangan pembaca ialah terjemahan Sharḥ Kitāb al-Kasb yang ditulis oleh Imām al-Sarakhsī RHM (w. 483 H/ 1090 M), yang mensyarahkan Kitāb al-Kasb karya Imam al-Shaybānī RHM (w. 189H/ 804 M). Buku ini membahaskan cara amalan yang tepat dan wajar berkenaan usaha menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Secara keseluruhan, karya ini menelusuri pengamatan Imam al-Shaybānī terhadap cara bagaimana pengamal-laksanaan ‘Adab Menyara Hidup’ yang telah dilakukan oleh para Salaf terdahulu berdasarkan kefahaman mereka akan sumber-sumber utama dalam Islam, yakni al-Qur’ān dan Sunnah, termasuk sumber-sumber fiqh, akidah dan juga tasawuf.

Pembacaan teliti terhadap karya ini memberikan sudut pandang yang mustahak dalam membina wawasan nilai kemasyarakatan yang bersepadu, yang mendasari kesemua urus niaga dan kegiatan ekonomi dalam Islam. Ia juga dapat membawa kepada penggesaan untuk mentakrif semula ekonomi sebagai ‘Ilmu Menyara Hidup dan Memberi Nafkah’ (ʿilm al-iktisāb wa al-infāq), lalu menjauhi daripada keterujaan dan kebimbangan melampau terhadap faham ketidakcukupan dalam mengejar kemahuan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI