​Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarat & Syarak Bersendi Kitabullah

RM38.00
983994732
2 item(s)
+

Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarat & Syarak Bersendi Kitabullah

Author/Editor: Abdul Latiff Abu Bakar

Publisher: UM Press

ISBN: 983994732

Weight: 500g

Pages: 486

Year: 2001

Price: RM38


Penerbitan buku Adat Melayu Serumpun ini amat bermakna kerana selama ini buku yang merangkumi perihal Adat Rumpun Melayu belum pernah diterbitkan untuk tatapan dan bacaan umum. Begitu juga pertemuan pemimpin dan sarjana dalam bidang Adat Melayu tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Adat Melayu Serantau pada tahun 1996 sempena menyambut 600 Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah dan ulang tahun ke-10 Muzium Budaya.

Hasil daripada seminar tersebut, dua puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh dan sarjana berwibawa di Dunia Melayu serta empat lagi tulisan penyelidikan tentang adat perkahwinan yang kemudiannya dimuatkan dalam buku ini. Sebagai memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

Bahagian I - Konsep dan Tafsiran adat;

Bahagian II - Amalan Adat Rumpun Melayu; dan

Bahagian III - Adat Perkahwinan.

Diharapkan agar buku Adat Melayu Serumpun ini menjadi rujukan dan panduan di kalangan ketua kampung atau datuk sidang penghulu menjalankan tugas sebagai ketua adat, para sarjana, pemimpin, guru serta generasi muda yang bakal mewarisi khazanah seni budaya yang sangat tinggi nilainya di sepanjang zaman. Gunakanlah warisan Adat Melayu ini sebagai


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI