​Amalan Reka Bentuk Taman Sensori Berdaya Akses Yang Baik

RM54.00
9789831008904
2 item(s)
+

Amalan Reka Bentuk Taman Sensori Berdaya Akses Yang Baik

Author/Editor: Hazreena Hussein, Md Nasir Daud

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008904

Weight: 200g

Pages: 122

Year: 2016

Price: RM54


Amalan Reka Bentuk Taman Sensori: Berdaya Akses yang Baik adalah hasil kajian selama sepuluh tahun, antara Januari 2006 hingga Disember 2015. Buku ini ditambah baik daripada Taman Sensori untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (2013) dengan rujukan terbaru kod amalan reka bentuk sejagat dan kebolehcapaian dalam alam bina mengikut Standard Malaysia, cadangan spesies tumbuhan tropika yang sesuai dan kurang sesuai untuk taman sensori serta contoh-contoh reka bentuk taman sensori yang pernah dikunjungi sewaktu kajian kes awalan. Penambahbaikan tersebut amat penting dalam memberikan impak kepada kesinambungan tema.

Buku ini juga memperkenalkan taman sensori pertama di Malaysia, iaitu Taman Stimulasi Sensori Terapeutik di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Taman ini menjadi tapak kajian kes dalam kerjasama penyelidikan antara Universiti Malaya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pembaca juga disajikan dengan usaha-usaha kolaborasi lain yang dijalankan bagi menyediakan taman sensori terapeutik demi kesejahteraan dan kesihatan masyarakat sejagat.

Penemuan penting daripada kejayaan dan kegagalan taman-taman sensori yang dilawati di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan Switzerland menghasilkan cadangan am bagi mereka bentuk sebuah taman sensori yang boleh diguna pakai dalam konteks Malaysia. Walaupun cadangan tersebut adalah khusus buat arkitek landskap, tetapi akan turut membantu arkitek dan pereka/perancang bandar, pembuat dasar serta komuniti dalam usaha mereka bentuk taman sensori pada masa depan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI