Bahasa Melayu Kolokial dari Sumber dalam Talian

RM30.00
9789672515470
4 item(s)
+

Bahasa Melayu Kolokial dari Sumber dalam Talian

Author: Remmy Anak Gedat, Chong Shin
Publisher: UKM Press
ISBN: 978967251547 0
Weight: 0.25 kg
Pages: 140
Year: 2021
Price: RM30

Buku ini membincangkan dua fenomena semasa penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks tak formal. Fenomena pertama menyaksikan peluasan makna kata-kata Melayu, khususnya di media-media social dalam talian. Secara ringkas, peluasan makna ini didorong oleh berbagai tujuan seperti untuk mengungkapkan emosi dan sesuatu konsep, menggambarkan sesuatu keadaan dan sebagainya. Fenomena kedua menyaksikan bahasa Melayu kolokial, baik dalam talian mahupun penggunaan umum menyerap banyak kata pinjaman Cina. Sejajar dengan perkembangan semasa, terdapat kata pinjaman telah mengalami peluasan makna dan tambahan fungsi. Terdapat juga kata pinjaman yang umum digunakan, tetapi belum diakui sebagai entri dalam perkamusan Melayu. Dengan kesedaran bahawa bahasa Melayu bersifat dinamik dan sentiasa berkembang, lebih-lebih lagi pada zaman yang maju dari segi media sosial dalam talian. Buku ini dapat dijadikan panduan bagi memantapkan dan mengemas kini lagi kandungan kamus Melayu yang sedia ada.
Remmy Anak Gedat, PhD, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah sosiolinguistik bahasa Iban dan bahasa-bahasa minoriti lain di Sarawak serta dan bidang leksikografi. Antara buku beliau ialah Variasi Bahasa Iban dalam Berkomunikasi (2018) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Chong Shin, PhD, Profesor Madya dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah dialektologi, sosiolinguistik dan ekologi bahasa-bahasa di Pulau Borneo. Sejak tahun 2000, beliau giat melakukan penelitian di Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Antara buku terbitan terkini ialah Bahasa dan Masyarakat di Lembangan Sungai Saribas (2019) dan Bahasa Ibanik di Borneo Barat (2009) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI