​Dilema Kehidupan Sebenar Dalam Pendidikan Moral

RM50.00
9789831005620
2 item(s)
+

Dilema Kehidupan Sebenar Dalam Pendidikan Moral

Author/Editor: Vishalache Balakrishnan

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005620

Weight: 200

Pages: 253

Year: 2012

Price: RM50


Dilema moral kehidupan sebenar adalah konflik yang dihadapi oleh individu dalam kehidupan seharian mereka. Setiap individu mempunyai interpretasi dan penyelesaian konflik moral yang berbeza mengikut orientasi dan tahap perkembangan moral dalam konteks dan pengalaman masing-masing. Sehubungan itu, adalah praktikal dan realistik untuk menggunakan dilema moral kehidupan sebenar untuk mengajar Pendidikan Moral. Pelajar berkeupayaan berkongsi dilema moral kehidupan mereka dan menyelesaikannya menerusi interaksi dengan individu lain.

Suatu cara berkesan untuk mengajar Pendidikan Moral ialah meletakkan remaja dalam situasi kehidupan sebenar. Ini menghendaki pendidik moral menggunakan situasi kehidupan sebenar di dalam bilik darjah. Pelajar perlu merasai dan menghayati perkara yang dibincangkan. Mereka juga perlu menjadi sebahagian daripada proses penyelesaian konflik moral berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam kelas Pendidikan Moral di Malaysia yang bersifat pelbagai budaya, budaya, agama dan faktor sosial, ini mungkin menimbulkan kekangan kepada guru. Alternatifnya ialah dengan membenarkan remaja memulakannya dengan berkongsi dilema moral kehidupan mereka sendiri. Penggunaan dilema kehidupan sebenar dalam Pendidikan Moral memberikan ruang yang lebih besar untuk perbincangan dan penglibatan, dan pada masa sama, menyumbang pembinaan sikap toleransi dan pemahaman antara pelbagai budaya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI