Fiqh Mentaati Pemimpin: Menjernihkan Kekeliruan & Mewaspadai Kediktatoran

RM23.00
6 item(s)
+

PRE ORDER Fiqh Mentaati Pemimpin: Menjernihkan Kekeliruan & Mewaspadai Kediktatoran

Author: Ahmad al-Raysuni
Publisher: Hawzah Fikir
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM23

Sesetengah pihak guna alasan ketaatan kepada pemimpin untuk menutup mulut pengkritik atau menghalalkan salah laku dan penindasannya. Ada juga yang ketika tidak memerintah sakan membangkang, tetapi ketika di tampuk pemerintahan pula mula cuba membisukan mulut rakyat dengan alasan ketaatan kepada pemimpin. Segala hadith berkaitan mula dipetik dan difahami secara literal tanpa menurut prinsip dan kaedah syarak.

Dalam masa sama, ada pula pihak yang kerjanya membangkang sahaja, seolah-olah tiada yang boleh ditaati, hinggakan vaksin yang melibatkan kesihatan awam juga dibangkang.

Persoalannya, bagaimanakah memahami dengan baik konsep taat pemimpin dalam wacana pemikiran politik Islam? Bagaimanakah memahami ayat al-Quran dan hadith berkaitan isu ini? Selain tanggungjawab rakyat untuk bersama-sama dengan agenda baik pemerintah, bagaimana pula dengan tanggungjawab pemerintah untuk berlaku adil dan rahmah?

Banyak lagi persoalan yang bermain di minda. Persoalan-persoalan itulah yang diberi perhatian oleh buku ini. Melalui karya ini, Prof Dr Ahmad al-Raisuni, salah seorang ulama terkemuka zaman ini, telah menjelaskan secara tuntas prinsip sebenar Islam dalam isu ketaatan dan bangkangan terhadap pemerintah, merungkai segala kekeliruan sekaligus memberi ancaman terhadap bahaya kediktatoran atas Islam.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI