Haji
Author: Ali Shariati
Publisher : Lestari Hikmah
ISBN: 9786299505938
Weight: kg
Page: m/s
Year: 2025
Price: RM30
Tulisan Ali Shariati ini terhasil daripada pengalaman tiga kali beliau menunaikan ibadat haji dan percubaannya memaknakan pengalaman tersebut. Bukan sahaja membabadkan manasik haji dan perkaitannya dengan simbol dan lokasi haji, perhubungannya dengan falsafah kehidupan secara menyeluruh merupakan pertaruhan utama tulisan ini. Sarat dengan penceritaan daripada pelaku utama rukun Islam kelima ini: Ibrahim, Hajar dan Ismail, ia turut menelusuri segala macam perihal kemanusiaan semenjak Adam diturunkan ke bumi. Justeru, falsafah di sebalik ibadah haji sebagai suatu evolusi manusia kepada Tuhan adalah suatu manifestasi terhadap pelbagai perkara: penciptaan manusia, sejarah, penyatuan, ideologi Islam dan ummah.
Shariati turut mengajak kita untuk meneliti haji melalui pengertian tauhid sebenar serta perhubungannya dengan persoalan kuasa-penindasan, modal, eksploitasi, kemunafikan-sekaligus mengekang kapitalis-aristokrat melalui wacana teologi pembebasan yang menyangkal segala bentuk diskriminasi bagi menuju egalitarianisme manusia. Dalam kerangka ini, matlamat utama penghayatan haji melangkaui ritual peribadatannya dapat disimpulkan melalui pertanyaan yang beliau ajukan, "Bagi kamu siapakah atau apakah Ismailmu? Kedudukanmu? Harga dirimu? Kerjayamu? Wang? Rumah? Kebun? Kereta? Cinta? Keluarga? Pengetahuan? Kelas sosial? Seni? Pakaian? Nama? Hidup? Usia mudamu? Kecantikanmu? Bagaimanakah aku akan dapat mengetahui apa dan siapakah Ismailmu itu? Kamu sendirilah yang mengetahuinya!"
-Muthanna Saari-
Felo Lestari Hikmah