Rausyanfikir – Tanggungjawabnya Dalam Masyarakat

RM30.00
9786299505921
20 item(s)
+

Rausyanfikir – Tanggungjawabnya Dalam Masyarakat

Author: Ali Shariati
Translator: Sheikh Al-Saggaf 
Publisher: Lestari Hikmah 
ISBN: 9786299505921
Weight: 0.2kg 
Page: m/s 
Year: 2025
Price: RM30 

Sebagai upaya menjernihkan makna rausyanfikir serta bezanya dengan intelektual yang berakar pada pengalaman khusus Eropah selama ratusan tahun, maka ditintakan karya ini yang aslinya dalam bahasa Parsi dan kini diterjemah kepada bahasa Melayu. Kemampuan mencerna perbezaan halus antara rausyanfikir dengan intelektual atau pemikir biasa hakikatnya begitu penting tatkala pemaksaan kaedah dan cara fikir intelektual Eropah ke atas bangsa selainnya hanya menatijahkan kemunduran dan meneruskan legasi pascapenjajahan.

Singgungan Ali Shariati terhadap sikap menefregismo umat yang tidak mengambil pusing perihal keadaannya bermula dengan kegagalan peranan yang seyogia dimainkan kaum terpelajar. Walhasil, jauh daripada tergolong dalam kalangan pemikir yang tercabut daripada kenyataan sebenar lantas melangit keawang-awangan, rausyanfikir menjejak ke bumi dengan kesedaran dan tekad ampuh merubah fasad dan kemungkaran. Kekuatan Shariati mengadun khazanah keilmuan leluhur bangsa juga bermaksud menggusur umat memenuhi tuntutan islah. Maka digesa agar dibudayakan sifat rausyanfikir yang hakiki demi menganjak perubahan yang bermakna dan amat diperlukan.

-Hilman Fikri Azman-

Naib Pengerusi Persatuan Pendidikan

Falsafah & Pemikiran Malaysia

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI