Heutagogi dalam Pengajaran di Bilik Darjah: Analisis dan Strategi Pelaksanaan

RM48.00
9789674882884
5 item(s)
+

Heutagogi dalam Pengajaran di Bilik Darjah: Analisis dan Strategi Pelaksanaan

Author:Noor Muslieah Mustafa Kamal, Zaharah Hussin & Abd Muhsien Sulaiman
Publisher: Universiti Malaya Press
ISBN:9789674882884
Weight: 0.3
Pages: 110pp
Year: 2023
Price: RM48

Pengajaran guru di bilik darjah adalah antara perkara utama dalam proses menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada murid. Justeru, pengajaran perlu bermakna dan seharusnya ‘sampai’ ke hati dan minda mereka. Pelajar masa kini adalah generasi Z yang mempunyai minat dan corak kebebasan tersendiri dalam proses pembelajaran mereka. Pelaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan heutagogi dipercayai dapat memenuhi corak dan cita rasa pembelajaran yang mereka kehendaki. Menyedari hakikat pentingnya perubahan penyampaian pendidikan guru, maka buku ini diinspirasikan oleh para penulis buat rujukan dan telaah pembaca khusus dan umum. Buku Heutagogi dalam Pengajaran di Bilik Darjah: Analisis dan Strategi Pelaksanaan ini merupakan sebuah buku akademik dengan rujukan ilmiah, namun masih memiliki pendekatan bahasa yang mudah, jelas dan berupaya untuk diaplikasi oleh pembaca. Terdapat lima topik utama yang membincangkan tentang Apakah Heutagogi, Teori dan Model Heutagogi, Konsep Pengajaran, Pelaksanaan Pendekatan Heutagogi dan Cabaran Pelaksanaan Heutagogi. Kelima-lima topik ini disusun mengikut bab dan perbincangan topik juga diringkaskan dalam bentuk grafik bagi memudahkan para pembaca. Perbincangan terhadap topik-topik ini dilakukan secara kritis beserta huraian dari sudut perspektif Islam dan Barat serta mencakupi kupasan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. 


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI