Integriti Penyertaan Politik Golongan Muda dalam Media Sosial

RM30.00
9789672515241
2 item(s)
+

Integriti Penyertaan Politik Golongan Muda dalam Media Sosial

Author: Mohd Sufiean Hassan & Maizatul Haizan Mahbob
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515241
Weight: 
Pages: 150
Year: 2021
Price: RM30

Perbincangan isu politik di media sosial dalam kalangan golongan muda bukanlah satu yang baharu. Namun, integriti golongan muda dalam membahaskan isu politik di media sosial merupakan suatu yang jarang disentuh dan dibincangkan secara ilmiah. Inilah aspek baharu yang ingin ditekankan dalam buku ini memandangkan isu integriti golongan muda khususnya dalam media sosial kini telah menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Politik golongan muda sering dikaitkan dengan isu politik baharu yang menyarankan pelaksanaan desentralisasi, menghormati prinsip pemisahan kuasa, menggalakkan partisipasi politik rakyat serta memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kelas, ras, gender dan generasi, agar mereka dapat menikmati hak sebagai warga negara. Bagaimanapun, perjuangan ke arah politik baharu ini kadangkala dilakukan tanpa mengikut garis panduan, etika dan akhirnya memberi kesan kepada nilai integriti. Tindakan tidak berintegriti golongan muda seperti berkongsi maklumat yang tidak tepat, memberi komen negatif, menimbulkan keadaan huru hara untuk mendapatkan popularity atau tular, akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah siber. Buku ini membincangkan tentang kawalan dan didikan bagi mengekang nilai negatif dan mengukuhkan nilai integriti penyertaan politik golongan muda di media sosial. Gabungan perspektif kawalan sosial dan literasi media dilihat mampu menghasilkan pengukuhan integriti penyertaan politik golongan muda di media sosial. Buku ini sesuai dibaca oleh khalayak umum, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan pihak berwajib yang ingin memantapkan pengetahuan dan kefahaman tentang integriti penyertaan politik golongan muda di media sosial. Penulisan buku ini adalah hasil daripada olahan tesis PhD. Mohd Sufiean Hassan yang diselia oleh Maizatul Haizan Mahbob.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI