Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

RM35.00
978-967-412-091-7
2 item(s)
+

Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

Author: Ungku Maimunah Mohd. Tahir & Zulkarnain Mohamed

Publisher: UKM Press

ISBN: 978-967-412-091-7

Weight: 0.200 kg

Pages: 184 pp

Price: RM35

Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat perhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya dalam karya kreatif. Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan dengan tiga unsur penting iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat khususnya feminisme, yang terakhir selaku kerangka analisis yang kerap menjadi pilihan penulis kreatif dan juga pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebut telah ditangani secara adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalam karya kreatif dan kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi Melayu-Islam? Atau, adalah persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan kerana budaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalam tulisan yang terhasil? Buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam daripada perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat dihayati serentak untuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu soalan penting, relevan dan serius, yang memang wajar diajukan: benarkah sastera dan kritikan kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan ideaidea feminisme Barat?


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI