​Johor dalam Konteks Ekonomi Global

RM48.00
9789831008867
2 item(s)
+

Johor dalam Konteks Ekonomi Global

Author: Khadijah Md. Khalid et al.

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008867

Pages: 154pp

Year: 2016

Price: RM48

Kerancakan pembangunan ekonomi Johor, khususnya selepas pelancaran Projek Pembangunan Iskandar Malaysia hampir sedekad lalu telah menampakkan pelbagai kesan yang dijangka dan tidak dijangka yang memerlukan penyelesaian yang konkrit. Permasalahan dan cabaran yang berbangkit daripada kepesatan proses pembangunan di Iskandar Malaysia dan juga limpahan di luar wilayah Iskandar Malaysia telah memberi impak besar ke atas pembangunan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat majoriti. Kedudukan strategik Johor yang bersebelahan dengan negara ketiga terkaya di dunia, Singapura, menjadikan masyarakat Johor semakin terdedah kepada pelbagai tekanan dan cabaran.

Buku ini cuba menjawab beberapa persoalan utama, antaranya, sejauh manakah pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan/wilayah benar-benar memberi pulangan dan manfaat ekonomi kepada masyarakat tempatan. Buku ini turut meninjau peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan diperlukan oleh industri tertentu (sama ada industri utama atau sokongan) dalam sesebuah kawasan pembangunan ekonomi yang pesat di seluruh Johor, dan di luar Iskandar Malaysia.

Buku ini dibahagikan kepada tujuh bab. Setiap bab membincangkan isu dan cabaran yang berbeza, tetapi saling berkait dalam mengupas pelbagai persoalan yang mempunyai impak demografi ke atas kelangsungan masyarakat Melayu di Johor masa kini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI