Kelulut: Antioksidan dan Tekanan Oksidatif

RM25.00
9789672510437
3 item(s)
+

Kelulut: Antioksidan dan Tekanan Oksidatif

Author: Razinah Sharif, Nor Fadilah Rajab & Malisanurhidayu Yaacob

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672510437

Weight:

Year: 2020

Page: 106pp

Price : RM25

Buku ini mengisahkan perihal madu khususnya madu kelulut dan khasiatnya dalam bidang perubatan terutamanya berkenaan tekanan oksidatif dan kerosakan DNA yang sekiranya tidak dikawal akan menjurus kepada pelbagai penyakit degeneratif. Kelulut merupakan spesies lebah yang lebih kecil dan menghasilkan madu kelulut yang lebih masam dari biasa. Walaupun hasilnya lebih sedikit dan mempunyai rasa yang berbeza, ianya mempunyai pelbagai kelebihan lain yang akan dibincangkan dalam buku ini. Buku ini akan meneroka khasiat madu, pengenalan kepada madu kelulut dan konsep tekananan oksidatif dan kerosakan DNA.

RAZINAH SHARIF, PhD adalah pensyarah di Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh PhD dalam bidang Pemakanan dan Genetik dari University of Adelaide di Australia pada tahun 2012 dan telah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun berkenaan. Bidang penyelidikan beliau adalah berkenaan pemakanan, gaya hidup dan kerosakan DNA. NOR FADILAH RAJAB, PhD merupakan seorang profesor dan pakar biokimia di Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif dalam penyelidikan melibatkan tapak jalan biokimia dan kesihatan di Malaysia. MALISANURHIDAYU YAACOB merupakan pelajar sarjana yang telah bergraduat dengan ijazah Sarjana Sains Kesihatan dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan bekas kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Sains di Pusat Darah Negara. Hasil penyelidikan beliau berkenaan madu ini dianggap penting bagi menambah informasi berkenaan madu kelulut dan aktiviti biologi di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI