Kemelut dan Kepimpinan Melayu di Pulau Pinang

RM50.00
9789672486541
3 item(s)
+
Kemelut dan Kepimpinan Melayu di Pulau Pinang
Author: Muhamad Farid Saad & Marina Ismail
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789672486541
Weight:
Pages: 264pp
Year: 2021
Price: RM50
Kemelut dan Kepimpinan Melayu di Pulau Pinang menceritakan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu Pulau Pinang yang bermula dengan satu persoalan pokok iaitu perlukah seorang pemimpin baharu untuk orang Melayu Pulau Pinang. Bagi menjawab persoalan ini, buku ini membincangkan sepintas lalu sejarah dan latar belakang orang Melayu di Malaysia diikuti secara khususnya tentang Melayu Pulau Pinang. Pasca 2008 apabila kerajaan negeri bertukar pemerintahan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, telah timbul pelbagai isu yang menyentuh kehidupan orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
Namun, isu-isu yang dibangkitkan bukanlah satu isu baharu, tetapi merupakan isu lama yang tidak ditangani sebaiknya sehinggalah mencapai tahap membimbangkan sekarang ini. Orang Melayu di Pulau Pinang merupakan masyarakat minoriti di negeri ini sewaktu mencapai kemerdakaan dan hanya menjadi etnik majoriti selepas tahun 2018. Namun pada masa yang sama, pemilikan tanah orang Melayu telah menyusut dengan banyak sekali. Mampukah Melayu Pinang Pinang menyeimbangkan antara bilangan mereka dengan tanah yang mereka miliki? Bagaimana pula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 akan memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan mereka di negeri ini? Adakah mereka mempunyai pemimpin untuk memimpin mereka mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini? Apakah kualiti pemimpin dan pemimpin bagaimanakah yang diperlukan untuk memimpin mereka keluar daripada kemelut menuju kejayaan demi kelangsungan bangsa mereka di negeri ini?

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI