Kenegaraan Malaysia

RM60.00
9789672064633
5 item(s)
+

Kenegaraan Malaysia

Author: Zulhilmi Paidi, Rohani Hj. Ab Ghani, Nor Azlah Sham Rambely, Haslinda Hasan, Rashidah Mamat, Jazliza Jamaludin, Mohamed Ali Haniffa, Salmah Omar & Mohan a/l Rathakrishnan

Publisher: UUM Press

ISBN: 9789672064633

Weight:

Pages: 496pp

Year: 2018

Price: RM60

Buku ini memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pembinaan negara dan bangsa, perkembangan politik, kemasyarakatan, pemerintahan, undang-undang, pentadbiran dan hubungan luar Malaysia. Perbincangan yang diutarakan dibentuk khusus dalam usaha untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar khasnya dan pembaca amnya mengenai perkembangan negara kita.

Sebagai generasi lepas merdeka, sebilangan besar pelajar kini kurang memahami bagaimanakah situasi sedia ada di Malaysia hari ini terbentuk. Mereka juga kurang menyedari apakah pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin yang terdahulu dalam menyediakan tempat yang cukup selesa bagi generasi Malaysia hari ini. Pemahaman terhadap perkara tersebut sangat penting dalam melahirkan dan memupuk rakyat yang mampu bertoleransi, sanggup berkorban dan bersyukur dengan apa yang diperoleh.

Hal ini dibincangkan dengan baik dalam artikelartikel yang terdapat dalam buku ini. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat pembaca, sama ada mahasiswa, para pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia khusus bagi mata pelajaran Pengajian Am, kakitangan awam yang akan menduduki Peperiksaan Am Kerajaan dan kepada sesiapa sahaja yang berminat mengenai sejarah dan perkembangan negara dan bangsa Malaysia.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI