Kesedaran Generasi Muda terhadap Patriotisme dan Perpaduan
Author: Aziz Ujang | Kadir Ariffin
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9789670924847
Weight: 0.2kg
Pages: 110pp
Year: 2017
Price: RM48
Patriotisme dan perpaduan adalah dua perkara yang amat penting dan saling berkait antara satu dengan lain serta menjadi asas kepada pembinaan negara yang maju, harmoni dan aman. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotisme dan perpaduan nasional generasi muda di Malaysia pada masa kini semakin merosot. Oleh yang demikian, buku ini akan memperlihatkan keperluan asas yang membentuk tahap kesedaran semangat patriotisme dan perpaduan nasional dalam kalangan generasi muda. Selain itu, buku ini juga cuba mengupas kesedaran dan pengetahuan generasi muda terhadap patriotisme, politik dan konsep gagasan 1 Malaysia, serta apakah faktor-faktor menyebabkan wujudnya kesedaran terhadap patriotisme dan perpaduan nasional ini dengan melihat kepada faktor ekonomi, pendidikan, umur dan keselamatan negara. Penilaian terhadap kesedaran patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda memerlukan penelitian yang tuntas dan penulisan buku ini ditulis berdasarkan kepada kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif
DATUK DR. AZIZ UJANG kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).
DR. KADIR ARIFIN adalah seorang Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.