Ketokohan Panglima Awang: Orang Pertama Mengelilingi Dunia

RM39.00
9789832600480
2 item(s)
+

Ketokohan Panglima Awang: Orang Pertama Mengelilingi Dunia

Author: Zuliskandar Ramli
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9789832600480
Weight: 0.35kg
Pages: 197pp
Year: 2018
Price: RM

Sarjana Barat dan tempatan telah mengiktiraf Panglima Awang atau Enrique de Malacca merupakan orang yang pertama mengelilingi dunia dan bukannya Magellan atau Juan Sebastion Elcano. Di samping itu berdasarkan surat wasiat Magellan dan pendapat sejarawan Filipina Gregorio F. Zaide menunjukkan bahawa Panglima Awang atau Enrique adalah berasal anak Melayu Melaka bukannya dari Sumatera, Maluku mahupun dari Cebu. Panglima Awang adalah wira Melayu dalam lipatan sejarah yang telah berjaya mengangkat Tamadun Maritim Melayu Sejagat.

~ Prof (Adj.) Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil Mukmin

Berlatarkan peristiwa sejarah pelayaran mengelilingi dunia inilah novel Panglima Awang dibina sehingga menjadi begitu sensasi sekitar hujung tahun 1950-an dan 1960-an. Sungguhpun suatu imaginasi tetapi di sebalik imaginasi itu terdapat kebenaran. Kejayaan Enrique (Panglima Awang) mengelilingi dunia memperlihatkan ketahanan fizikal dan mental, daya juang, semangat kental dan kesetiaan yang melampauikeupayaan manusia biasa yang seharusnya dapat diteladani bagi generasi kini dan akan datang.

~ Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Prof. Madya Dr. Shaiful Bahri Md. Radzi

Kita juga harus menonjolkan dua tokoh penjelajah, pelayar dan pahlawan Melayu silam yang dilambangkan dengan cemerlangnya oleh Laksamana Hang Tuah dan juga Panglima Awang Enrique. Bahkan Panglima Awang Enrique boleh dianggap sebagai orang pertama yang telah mengeliling dunia mendahului Ferdinand Magellan dan Kapten Juan S. Elcano, kerana panglima Awang, sebelum bertolak mengelilingi dunia dengan Magellan pada tahun 1519. beliau telah pun berada di Alam Melayu, dan apabila armada Magellan sampai di kepulauan Alam Melayu sesudah menyeberangi Lautan Pasifik pada tahun 1522, maka pada masa itu bolehlah di anggap bahawa Panglima Awang Enrique sudah pun mengelilingi dunia sebagai manusia pertama yang berbuat demikian.

~ Profesor Emeritus Dr. Hashim bin Musa

Harun Amunirrashid telah menggunakan daya imiginasinya mencipta sebuah roman sejarah 232 muka surat Vangamat menarik. Tanpa usaha gigih beliau mereka cipta dari sebuah berita kepada satu bentuk karya sastera, kemungkinan besar khalayak umum tidak akan mengenali seorang insan anak pribumi yang diberi nama Melayu oleh Cikgu Harun sendiri sebagai Panglima Awang atau dikenali juga sebagai Enrique dalam catatan Portugis yang asal.

~ Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh

Penghasilan etno-teknologi oleh orang Melayu pada waktu dahulu telah mengangkat peradaban dan meningkatkan empayar pentadbiran yang dikuasai oleh orang Melayu sendiri. Teknologi pelayaran dan perkapalan yang dikuasai oleh orang Melayu dahulu telah menandingi teknologi yang dimiliki oleh orang Barat. Penguasaan bidang berkaitan ilmu samudera ini membuktikan bahawa orang Melayu dahulu telah mencapai tahap pemikiran yang tinggi dan mampu menandingi bangsa lain. Kehebatan ini secara tidak langsung dibuktikan dengan kejayaan Panglima Awang mengelilingi dunia pada abad ke-16 Masihi.

~ Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli & Mohd Rohaizat Abdul Wahab

"Kejayaan Panglima Awang sebenarnya dipengaruhi oleh ketinggian ilmu maritim dalam kalangan masyarakat Alam Melayu yang sudah berkembang semenjak berabad-abad lamanya. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat maritim. Oleh itu budaya dan corak hidup bagi masyarakat Melayu berkait dengan persekitaran kelautan."

~ Prof. Madya Dr. Mohd Samsudin

"Perlu didaftarkan dalam sejarah dunia, secara realiti dan secara harfiah dan dengan rasminya, Panglima Awang Enrique Melaka wajib diiktiraf dan dianugerahkan makhota manusia pertama yang mengelilingi bumi, dengan melengkapkan pelayaran 360 darjah dalam tempoh sembilan tahun, laitu setahun setengah lebih awal daripada Captain kapal Sebastian del Cano dan kelas-kelasi yang lain."

~ Puan Zaharah Sulaiman


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI