Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran atau Moden?

RM6.00
9839915533
1 item(s)
+

Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran atau Moden?

Author: Zainal Abidin bin Abdul Wahid
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9839915533
Weight: 0.1kg
Pages: 30pp
Year: 2008
Price: RM

Prof. Datuk Zainal Abidin bin Abdul Wahid telah dilahirkan pada 14 Mei 1993 di Telak Anson, Perak, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan tinggi di University of Queensland, Australia (April 1953 - Mel 1958) dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di London School of Economic and Political Science (Oktober 1958, September 1959).

Beliau telah memegang beberapa jawatan penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Pertukaran Pensyarah di Universiti Filipina, Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1982-1990), Profesor Pelawat di Jabatan Sains Politik, Universiti New Brunswick, Kanada, Pengarah Pusat Kajian Borneo, Universiti Kebangsaan Malaysia (17 Mei 1991 - 1993) dan kini dilantik sebagai Profesor Kerusi Razak oleh Universiti Ohio, Amerika Syarikat (semenjak 28 November 1991). Prof. Datuk Zainal Abidin turut telah dilantik sebagai ahli fawatankuasa Panel Penasihat, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Beliau telah menulis banyak buku dan makalah. Lebih kurang sebanyak 7 buah buku dan 14 buah makalah telah dihasilkan oleh beliau. Antara bukunya ialah "History Teaching : Its Problems in Malaya", "Sejarab Dasar Luar Malaysia (1979)". "Sejarab Malaysia : Pentafsiran dan Penulisan (1997)* dan beliau bersama dengan Muhd Yusof dan Mohd Amin telah menulis buku bertajuk "Sejarah Perkembangan Tabung Haji Malaysia 30 Tabun (1993)". Manakala, antara makalah tulisan beliau adalah seperti "Confrontation - A Study of Malaysia - Indonesia Relations Its Implications" dalam NUSANTARA, No. 5, Julai 1980, Dewan Bahasa dan Pustaka, "Power and Authority in the Melaka Sultanate: The Traditional View" dalam K.S. Sandhu dan P. Wheatley (eds.). Melaka : The Transformation of a Malaya Capital C. 1400 - 1980.

Beliau juga telah menyertai banyak persidangan dan seminar di dalam dan luar negara. Beliau telah membentangkan banyak kertas-kertas kerja seperti "Malaysia's Road to Independence" di Congress Dialogue Western Europe ASEAN di Austria (1982), dan memberikan keynote address' Sempena Hari Sastera 80 di Ipoh, Perak pada 19 April 1980 yang bertajuk "Babasa Sastera dan Fabam Kebangsaan di Malaysia".


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI