Keterangan Ahli Psikologi dan Psikiatri sebagai Saksi Pakar

RM25.00
9789672519089
Out of stock

Keterangan Ahli Psikologi dan Psikiatri sebagai Saksi Pakar

Author: Nevina Ravichandran, Ramalinggam Rajamanickam & Nur Khalidah Dahlan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519089
Weight: 0.194
Pages: 122pp
Year: 2022
Price: RM25.00

Bidang forensik banyak membantu dalam sistem keadilan sesebuah negara. Bidang ini membantu dalam penyelesaian kes-kes jenayah dan sivil. Dalam kes-kes jenayah, bidang forensik banyak membantu dalam merungkai pelbagai kes jenayah, bermula dengan siasatan di tempat kejadian jenayah sehinggalah pemberian keterangan sebagai saksi pakar di mahkamah. Bidang forensik sentiasa berkembang dari semasa ke semasa menjadi semakin canggih dan pelbagai, oleh sebab itu, banyak cabang forensik yang terhasil. Antara cabang tersebut ialah bidang psikologi dan psikiatri forensik. Buku ini mengetengahkan kedua-dua bidang psikologi dan psikiatri forensik dari sudut undang-undang, khususnya undang-undang keterangan. Takrifan, cabang dan peranan bidang psikologi dan psikiatri forensik dijelaskan dalam buku ini bagi memberikan kefahaman kepada pembaca secara rinci. Selain itu, buku ini turut menghimpunkan perbincangan tentang kes-kes mahkamah yang melibatkan psikologi dan psikiatri forensik. Analisis kes-kes mahkamah ini penting dalam memahami peranan yang dimainkan oleh bidang psikologi dan psikiatri forensik dalam bidang undang-undang di samping menilai takat penerimaan keterangan ahli psikologi dan psikiatri forensik di mahkamah. Dalam konteks ini, undang-undang dan kes dalam empat bidang kuasa telah dijadikan fokus perbincangan dalam buku ini, iaitu Malaysia, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Secara keseluruhannya, buku ini dapat menjadi rujukan yang bermanfaat kepada pembaca dalam mengetahui bidang psikologi dan psikiatri forensik, khususnya dari segi peranan kedua-dua bidang ini dalam pentadbiran keadilan. Buku ini turut dapat menjadi bahan bacaan yang menarik tentang bidang forensik dan undang-undang dalam bahasa Melayu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI