Kewangan dan Kesejahteraan Hidup: Peranan Literasi dan Strategi Pengurusan Kewangan

RM30.00
978-967-251-575-3
1 item(s)
+

Kewangan dan Kesejahteraan Hidup: Peranan Literasi dan Strategi Pengurusan Kewangan

Author: Syajarul Imna Mohd Amin
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-575-3
Weight: 
Pages: 151
Year: 2021
Price: RM30

Setiap individu pasti menginginkan kehidupan yang sejahtera dan bebas daripada masalah
kewangan. Namun, hakikatnya sebilangan besar rakyat Malaysia masih memiliki tahap literasi
kewangan dan tahap simpanan yang rendah sehingga menimbulkan kesukaran untuk mengurus
kewangan dalam memenuhi keperluan asas kehidupan terutamanya tatkala kejadian luar
jangkaan atau kecemasan. Tempoh pandemik COVID-19 yang berlanjutan hingga kini misalnya
telah menyebabkan banyak perniagaan terjejas dan ramai pekerja hilang pekerjaan. Kesukaran
kewangan yang dihadapi bukan sahaja boleh membawa kepada stres kewangan tetapi juga
menjejaskan kesihatan dan kualiti kehidupan. Pembuatan keputusan kewangan menjadi lebih
mencabar apabila landskap kewangan menyaksikan pelbagai penawaran produk kewangan dan
pelaburan yang semakin kompleks dan berteknologi tinggi kewangan, iaitu sederap dengan
pembangunan teknologi maklumat yang semakin terkehadapan dalam Industri Revolusi 4.0.
Terdapat dokumentasi yang menunjukkan bahawa pada zaman perbankan di hujung jari dan
perniagaan dalam talian masa kini, ramai yang berbelanja melebihi kemampuan antaranya
disebabkan oleh tahap pengetahuan dan pengurusan kewangan yang lemah dan tiada
perancangan jangka masa panjang. Justeru, buku ini menyentuh semua isu di atas bertujuan bagi
mendalami, memahami dan mengorak langkah ke arah jalan penyelesaian melalui beberapa
strategi mengurus kewangan. Bagi aspek literasi kewangan, buku ini memfokus kepada konsep,
kepentingan dan isu pelbagai dimensi literasi termasuk literasi halal, literasi kewangan Islam dan
literasi kewangan digital dan merungkai kaitannya dengan mengurus kewangan dengan
menekankan kepada amalan pengurusan kewangan, kesihatan dan kesejahteraan kewangan
dan strategi pemantapan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI