Mandela: Jalan Berliku Menuju Kebebasan
Penerbit Asal : Little, Brown and Company
Penulis : Nelson Mandela
Terjemahan daripada : Long Walk To Freedom
Penterjemah : Alina Abdullah
Terbitan : Inisiatif Buku Darul Ehsan
Tahun terbitan : 2018
Halaman : 764 muka surat
ISBN : 9789671549780
Harga : RM 70.00
Sinopsis
Mandela yang pendiam mendedahkan banyak hal dalam buku ini. Banyak isi buku ini sebenarnya ditulis secara rahsia oleh Mandela ketika dia dipenjarakan selama 27 tahun di Robben Island oleh rejim apartheid Afrika Selatan. Antara yang didedahkan ialah tentang pahit-maung perjuangan yang mengorbankan perkahwinannya dan memaksanya berjauhan dengan keluarga. Buku ini menceritakan kisah hidup Mandela dari zaman awalnya sebagai seorang pelajar miskin yang kemudian menjadi kerani firma guaman di Johannesburg dan penglibatan awalnya dalam politik. Ia juga merakam pahit-getir politik dekad Afrika Selatan 1950an yang memaksanya menjadi pemimpin gerakan bawah tanah dan Perbicaraan Rivonia tahun 1964 yang berakhir dengan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.Dalam buku ini, kita berpeluang menatap kehidupan seorang tokoh yang semangatnya gagal dipatahkan meskipun ditimpakan ujian paling getir.
Biodata Pengarang
Nelson Rolihlahla Mandela memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994–99 dan
merupakan tokoh pertama yang dipilih ke jawatan itu secara demokratik. Sebelum itu, dia terkenal di
seluruh dunia sebagai pejuang anti-apartheid dan hak asasi manusia, selain sebagai pemimpin sayap
bersenjata pertubuhan African National Congress. Setelah disabitkan dengan pelbagai kesalahan oleh
mahkamah negaranya, Mandela terpaksa meringkuk selama 27 tahun dalam penjara.
Selepas dibebaskan pada 11 Februari 1990, Mandela menyokong usaha pemulihan dan rundingan serta
memimpin peralihan ke arah demokrasi berbilang ras di Afrika Selatan. Sejak dasar apartheid
dihapuskan, Mandela dipuji kawan dan lawan. Dia telah dianugerahkan lebih seratus pingat dalam
tempoh empat dekad, termasuk Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1993.