Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api
Author: Ahmad Boestamam
Publisher: UKM Press
ISBN: 9679426126
Year: 2004
Weight: 0.300 Kg
Pages: 384 pp
Price: RM55
Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Pembentangan sejarah tanah air dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan Kemerdekaan dan dilihat dengan jelas menerusi Lambaian dari Puncak. Keterlibatannya dalam politik pula dapat dilihat dengan jelas menerusi Merintis Jalan ke Puncak. Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Edisi terbitan ini menghimpunkan ketiga-tiga karya Boestamam agar dapat dihayati oleh pembaca lain. Rentetan kehdupan beliau yang gemilang dan tragis dapat dikesan menerusi penulisannya. Justeru, dalam keadaan penerbitan yang segar begini diharapkan generasi muda patut menghayati dan menghargai nilai Kemerdekaan yang pernah diperjuangkan oleh Boestamam dan rakan-rakannya. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam. Satu lagi sumbangan besar Boestamam ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum terutama mereka yang berminat dalam bidang sains politik.