Memoir Politik Asri: Meniti Arus
Author: Mohd. Asri Muda
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123055
Year: 2003
Weight: 0.200 kg
Pages: 136 pp
Price: RM30
Pekikan kalimah Iran ‘Marakbar Asri’ (pergi mampus Asri) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! Dalam muktamar ke-28 PAS, Oktober 1982 akhirnya menumbangkan Asri daripada kepimpinannya. Pada ketika itu, pemuda PAS hanya ada satu tekad “Menegakkan Negara Islam di Malaysia”. Sepuluh tahun kemudian Asri menulis memoir politiknya dan PAS belum lagi dapat melaksanakan quo vandis itu. Sebaliknya, PAS terpaksa berkongsi kuasa di Kelantan dan mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak. Politik kompromi cara Asri bahkan memberi tempat kepada PAS dalam kabinet pusat, menjadi exco negeri, selain wakil PAS dapat hadir dalam Dewan Negara, menjadi duta dan menduduki beberapa badan berkanun. Demikianlah Asri memperlihatkan political will yang ada padanya sehingga turut diajak membangunkan semula kedudukan politik negara yang telah runtuh sama sekali sesudah pilihan raya umum 1969. Kini, Asri sudah tiada. Apakah PAS tetap mahu menolak politik kompromi cara Asri, tetapi pada masa yang sama berkongsi kuasa dengan Semangat 46 di Kelantan? Double standard PAS dalam mempertahankan quo vandis negara Islamnya itu sudah lama ditolak oleh Asri kerana itu juga menurut Asri adalah penolakan rakyat.