Menelusuri Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu dari Perspektif Baru

RM68.00
9789674881313
2 item(s)
+

Menelusuri Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu dari Perspektif Baru

Author: Sivachandralingam Sundara Raja et al

Publisher: UM

ISBN: 9789674881313

Pages:

Year: 2020

Weight:

Price : RM 68

Buku ini merupakan satu usaha rintis untuk melihat kesinambungan faktor yang membawa kepada penguasaan ekonomi British di Tanah Melayu antara 1500-1957. Sejarah sosioekonomi Malaysia sehingga kini hanya dikaji mengikut tema-tema yang berasingan tanpa satu kesinambungan faktor. Kesinambungan ini dikesan dari segi penggunaan instrumen ekonomi bagi mengintegrasikan ekonomi British. Instrumen yang menjadi pilihan dalam buku ini adalah dasar perdagangan bebas, institusi pendidikan, institusi penyelidikan perubatan dan institusi penyelidikan getah. Kesemua instrumen ekonomi ini dilihat mempunyai perkaitan yang jelas dalam menjamin kelangsungan pemerintahan British. Dasar perdagangan bebas dan pelabuhan bebas yang diamalkan oleh pemerintah Melaka menjadi instrumen yang membantu pelabuhan ini berkembang pesat pada abad ke-15. Budaya perdagangan bebas yang diganggu gugat oleh Portugis dan Belanda dihidupkan semula pada abad ke-18 dan ke-19 di Negeri-Negeri Selat. Sesudah berlaku penguasaan politik secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu (NMM) pada 1874, British menubuhkan beberapa institusi sebagai instrumen ekonomi untuk mengintegrasikan NNM. Institusi pendidikan muncul sebagai institusi pertama untuk membekalkan guna tenaga bagi mengurangkan kos untuk merekrut tenaga buruh dalam kalangan pentadbir British. Institut Penyelidikan Perubatan muncul sebagai institusi yang memainkan peranan khusus untuk mengawal perkembangan penyakit dan menjamin kesihatan penduduk. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah adalah sebagai instrumen yang berjaya mencari kaedah meningkatkan hasil getah bagi kemajuan ekonomi British. Pendapatan dari industri getah digunakan untuk memajukan kemudahan infrastruktur dan kemudahan lain bagi mengukuhkan pentadbiran British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Buku ini ditujukan kepada pelajar, penyelidik dan pengajar dalam bidang sejarah, sains politik dan sosioekonomi di institusi pengajian tinggi dan juga untuk pelajar sekolah menengah atas.




JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI