​Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat

RM30.00
9789679428551
Out of stock

Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat

Author/Editor: Ding Choo Mi

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679428551

Weight: 300g

Pages: 228

Year: 2008

Price: RM30


Dengan terbentuknya masyarakat Peranakan Baba, hasil daripada perkahwinan campur antara lelaki Cina dengan wanita rumpun Melayu di Alam Melayu, maka sudah lahir kesusasteraan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang, iaitu Negeri-negeri Selat (1846-1941). Kelahiran karya sastera itu adalah kemuncak kepada kejayaan warisan kebudayaan komuniti Peranakan Baba di pinggir abad ke-19. Tertarik kepada pantun, ramai Peranakan Baba boleh berjual-beli pantun dengan diiringi alunan muzik dan tarian di majlis keramaian yang juga dikenali sebagai berdondang-sayang. Sekitar 70 orang Peranakan Baba generasi baru, termasuk Siow Hay Yam, Baba Kim Teck, Wan Boon Seng, Lim Hock Chee, Bateck dan Baba Cheong Tat adalah pengarang, penulis, editor dan sasterawan. Daripada mereka dalam akhbar dan antologi puisi yang diusahakan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sejak 1889 sehingga menjelang Perang Dunia Kedua. Sebahagian besarnya boleh dicapai di portal ATMA www.malaycivilization.com. Hasilnya, keindahan, kehebatan dan kreativiti karya pantun daripada pengarang Peranakan Baba itu bukan sahaja dapat menikmati serta dihayati, tetapi juga dikaji dengan lebih mudah. Irama pantun, syair serta dondang-sayang amat indah lagi hebat bukan sekadar pada gugusan rima, bunyi dan kata-kata. Kesemuanya disusun mengikut formula dan struktur yang baik dengan adanya limpahan, curahan, penyataan ilham, cita rasa, kreativiti dan kehebatan mereka sebagai pengarang. Kepengarangan dan penerbitan karya pantun Peranakan Baba yang dikupas dalam buku ini adalah berdasarkan bahan yang telah didokumentasikan. Usaha pendokumentasian ini dilakukan bagi tujuan menyelamatkan warisan budaya Peranakan Baba yang masih ada supaya tidak pupus ditelan zaman dan terus ditinggalkan oleh generai muda pada hari ini.

DING CHOO MING, Ph.D adalah Profesor dan Felo Penyelidikan Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan Perpustakawan di Perpustkaan Tun Seri Lanang. Bukunya bersama Penerbit UKM berjudul Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu (1999) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana DBP.




JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI