Pemikiran Islam Jawa: Studi Kritis Seputar Metode Dakwah Wali Songo dan Mistik Islam Kejawen

RM35.00
9789671946541
1 item(s)
+

Pemikiran Islam Jawa:  Studi Kritis Seputar Metode Dakwah Wali Songo dan Mistik Islam Kejawen 

Author: Abdul Rahman Hj. Abdullah
Publisher: Kafilah Buku 
ISBN: 9789671946541
Weight: 0.45kg
Pages: 226pp
Year: 2022
Price: RM35

Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa penyebaran Islam di Alam Melayu - khususnya di Jawa - berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiah, bukannya melalui kekerasan dan peperangan. Hakikat ini terbukti jelas dalam sejarah penyebaran Islam di Jawa, apabila golongan pendakwah yang lebih dikenali sebagai 'Wali Songo' berjaya mengislamkan masyarakat Jawa yang berasal daripada mereka yang memeluk agama Hindu-Buddha. Oleh itu, sejarah Islam di Jawa sangat berkait rapat dengan peranan Wali Songo (Sembilan) yang tersohor itu. 

Buku ini membahaskan tentang sejarah pemikiran Islam Jawa, khususnya tentang metode dakwah dan mistik Islam di Pulau Jawa, iaitu metode dakwah yang dilakukan oleh para tokoh Wali Songo tersebut. Dalam usaha ke arah memahami perkembangan pemikiran Islam di Jawa, tentunya terdapat banyak persoalan penting yang perlu dijawab. Siapa sahaja tokoh yang termasuk dalam kalangan Wali Songo? Adakah Wali Songo itu nama sebuah organisasi, dewan dakwah, atau dewan ulama dan yang seumpamanya? Mengapa kisah Wali Songo selalu dikaitkan dengan keramat dan kesaktian tertentu? Adakah Wali Songo meninggalkan karya penulisan yang dapat dikaji dan dibaca? Adakah cara-gaya dakwah ‘Wali Songo’ itu bebas daripada sebarang kemusyrikan? Apakah hubungan antara ajaran manunggaling kawula-Gusti, waḥdat al-wujūd, dan Syeikh Siti Jenar? Apakah makna Islam Abangan? Darimasa asal-usulnya aliran Islam Kejawen? Dan adakah aliran tersebut selari dengan ajaran Islam yang sebenar? Dan lain-lain persoalan. Buku yang berada di tangan anda ini berusaha merungkaikan permasalahan-permasalahan tersebut di atas dan yang berkaitan dengannya. Semoga karya ini dapat menghantarkan kita kepada jawapan-jawapan yang selama ini dicari.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI