Pemikiran Keadilan Raja Ali Haji
Author: Ai Wardah Mardiah
Publisher: Rihla Media
ISBN: 9789672485001
Weight:
Year: 2021
Page: 167pp
Price: RM45
Konsep keadilan yang dikemukakan oleh Raja ʿAlī Ḥāji adalah konsep keadilan yang menyeluruh sifatnya (holistik) yang tidak dipisahbahagikan kepada jenis-jenis keadilan sebagaimana yang kita kenali dalam konsep keadilan di dunia Barat kerana ia berakar pada kesedaran dan penyerahan diri kepada Allāh. Dengan demikian keadilan diri menjadi awal bagi penegakkan keadilan pada bidang-bidang keadilan politik, keadilan sosial, keadilan ekonomi dan keadilan hukum. Pada akhirnya, dapat disimpulkan bahawa keadilan yang hakiki adalah keadilan yang bermula daripada kontrak atau ikatan peribadi manusia dengan Tuhannya dan bukan keadilan yang dibangunkan berasaskan kontrak sosial antara sesama manusia. Karya ini membincangkan secara terperinci mengenai faham keadilan menurut Raja ʿAlī Ḥāji serta pengamalannya di Kerajaan Riau-Lingga pada abad ke-19.