Pemulihan dalam Komuniti: Intervensi Orang Kurang Upaya Melakukan Aktiviti Harian

RM70.00
9789674882785
5 item(s)
+

Pemulihan dalam Komuniti: Intervensi Orang Kurang Upaya Melakukan Aktiviti Harian

Author: Sakinah Sidek & Haris Abd. Wahab
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882785
Weight: 0.8kg
Pages:312pp
Year: 2023
Price: RM70

Buku ini membincangkan kesan pelaksanaan lima domain utama Jadual Matrik Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) iaitu domain kesihatan, pendidikan, sosial, kehidupan dan pemerkasaan ke atas aktiviti harian pelatih PDK. Secara
umumnya buku ini cuba memberi gambaran berkenaan dengan keadaan kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada dalam program PDK di Malaysia dan membandingkan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang sepatutnya ada di dalam program PDK bagi meningkatkan kebolehan pelatih Orang Kurang Upaya melakukan aktiviti harian mereka. Buku ini juga menerangkan berkenaan kebolehan pelatih PDK melakukan aktiviti harian berdasarkan kepada empat aktiviti utama, iaitu kebolehan makan dan minum, pergerakan, pengurusan diri serta asas pendidikan 3M (membaca, menulis, mengira). Malah buku ini mengajak pembaca memahami kewujudan halangan-halangan yang boleh menganggu kebolehan pelatih PDK untuk melakukan aktiviti harian mereka. Buku ini amat sesuai di baca dan diharap mampu memberi maklumat yang bermanfaat kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Pemulihan dalam Komuniti, para pendidik, para pelajar, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, aktivis dan sukarelawan juga kepada individu yang berminat untuk membantu golongan istimewa menerusi penglibatan masyarakat dalam aktiviti di Pusat PDK.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI