Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik: Penerokaan Teknik Terbaharu

RM35.00
9789672512462
1 item(s)
+

Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik: Penerokaan Teknik Terbaharu

Editor: Eddie Shahril Ismail, Rofizah Mohammad & Saiful Hafizah Jaaman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512462
Weight: 0.27kg
Pages: 164pp
Year: 2021
Price: RM35

Buku ini mengupas pembangunan teknik terbaharu inovasi pengajaran dan bombelajaran (PdP) dalam bidang Sains Matematik. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses PdP yang berlaku di dalam bilik kuliah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah pendidikan negara. Proses PdP perlulah sentiasa diperkemas dan diperkasa sejajar dengan tuntutan semasa dan sebagai titik mula kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara, Komuniti pengajar dan pelajar berupaya mereplikasi teknik terbaharu PdP yang dihidangkan dalam buku ini pada setiap tahap pendidikan. Penulisan buku ini yang menarik, jelas dan teratur dapat membantu memantapkan kemahiran pengajaran pengajar dan meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Setiap inovasi yang diketengahkan dalam buku ini seperti persembahan aktiviti secara lisan, pembelajaran berasaskan projek (PBL), pembelajaran menerusi model, refleksi dan pelbagai pembelajaran panduan boleh digunakan sebagai panduan secara tersendiri. Buku ini menghimpun pengalaman dan pengamatan kreatif pengajar melalui inovasi dalam bidang Sains Matematik yang merupakan satu daripada cabang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

EDDIE SHAHRIL ISMAIL, PhD., Profesor Madya di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Minat penyelidikan beliau merangkumi kajian berkenaan tandatangan digital, sistem enkrip, sistem sifer, sistem pengesahan kata laluan dan pendidikan Matematik ROFIZAH MOHAMMAD @ MOHAMMAD NOOR. Pensyarah di Jabatan Sains Matematik, FST, UKM sejak dari tahun 2000. Beliau mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengajar kursus dalam bidang Matematik dan Statistik, SAIFUL HAFIZAH

FIZAH JAAMAN, PhD., Profesor Madya di Jabatan Sains Matemauk, S1, UKM. Penyelidikan beliau merangkumi kajian pemodelan dalam pengopimus portfolio, kewangan korporat, kewangan Islam dan pendidikan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI