Pengelasan Kerosakan Lesu Berasaskan Analisis Isyarat

RM25.00
9789672513407
2 item(s)
+

Pengelasan Kerosakan Lesu Berasaskan Analisis Isyarat

Authors: Mohd Faridz Mod Yunoh, Shahrum Abdullah & Salvinder Singh Karam Singh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513407
Weight: 0.17kg
Pages: 93pp
Year: 2021
Price: RM25

Pengelasan Kerosakan Lesu Berasaskan Analisis Isyarat

Authors: Mohd Faridz Mod Yunoh, Shahrum Abdullah & Salvinder Singh Karam Singh Publisher: UKM Press ISBN: 9789672513407 Weight: 0.17kg Pages: 93pp Year: 2021 Price: RM25

Buku ini membincangkan penegelasan kerosakan lesu berasaskan analisis isyarat bagi memberi pendedahan terhadap latar belakang analisis data berkebarangkalian bagi tiga pendekatan utama untuk menganalisis dan mereka bentuk terhadap lesu. Antaranya adalah melalui pendekatan hayat-tegasan, hayat-terikan dan mekanik patah. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kegagalan pada komponen dan struktur kejuruteraan seperti kepatahan, rayapan, pengaratan, kegagalan lesu dan lain-lain. Penilaian hayat lesu juga dilampirkan dalam jadual tersusun yang menonjolkan kaedah analisis pengelsan data berasaskan pendekatan analisis isyarat berkaitan. Maka, adalah penting bagi buku ini menjelaskan kaedah pengelasan kerosakan lesu berasaskan analisis isyarat yang diguna pakai dalam penilaian hayat lesu komponen mahupun struktur. Kaedah pengekstrakan dan penyuntingan isyarat bertujuan menyingkirkan amplitud kitaran kecil dalam isyarat dan dijadikan isyarat baru yang lebih pendek dengan kerosakan lesu dapat dikekalkan. Buku ini juga membincangkan pendekatan rangkaian neural buatan yang merupakan antara kaedah mesin pembelajaran yang digunakan untuk tujuan ramalan dan pengelasan hayat lesu.

MOHD FARIDZ MOD YUNOH, PhD, bekas graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Ketahanan Lesu (Fatigue Durability).

SHAHRUM ABDULLAH, PhD, merupakan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Penilaian Ketahanan dan Hayat Lesu (Durability and Fatigue Life Assessment).

SALVINDER SINGH KARAM SINGH, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Penilaian Ketahanan & Kebolehpercayaan Hayat Lesu (Durability & Fatigue Reliability Assesment).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI