​Penghasilan Disertasi Berkualiti Dalam Pendidikan Matematik

RM88.00
9789831007433
2 item(s)
+

Penghasilan Disertasi Berkualiti Dalam Pendidikan Matematik

Author/Editor: Nik Azis Nik Pa

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007433

Weight: 500

Pages: 501

Year: 2014

Price: RM88


Buku Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik dikonseptualisasikan dengan berasaskan pengalaman lebih daripada 30 tahun sebagai penyelia tesis dan disertasi dan pengalaman lebih daripada 15 tahun sebagai pensyarah kursus penyelidikan dalam pendidikan

matematik peringkat sarjana di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Buku ini membekalkan panduan asas tentang aspek penting bagi proses penulisan disertasi daripada tajuk kajian sehingga kepada lampiran kajian, dengan penekanan kepada aspek fungsi dan bentuk. Buku ini juga merumuskan standard pelaporan semasa bagi manuskrip disertasi yang boleh menghasilkan suatu bentuk komunikasi saintifik yang kukuh, koheren, mudah, elegan, dan berkualiti.

Secara khusus, buku ini membekalkan panduan asas tentang perancangan dan penulisan manuskrip disertasi. Tumpuannya adalah kepada tujuh bidang utama: keperluan bagi penyediaan manuskrip disertasi, kandungan dan organisasi disertasi, gaya penulisan disertasi,standard pelaporan saintifik bagi kajian disertasi, pengurangan bias dalam komunikasi linguistik, penggunaan unsur grafik dalam teks secara berkesan, dan format tentang cara untuk membuat rujukan bagi sumber maklumat yang digunakan.Fokus utama perbincangan dalam buku ini adalah kepada cara untuk memenuhi standard yang rapi dan kukuh bagi komunikasi saintifik.

Borang penilaian kualiti disediakan bagi setiap bab dalam manuskrip disertasi


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI