​Pengujian dan Penilaian Psikologi dalam Kaunseling

RM30.00
9789674124960​
Out of stock

Pengujian dan Penilaian Psikologi dalam Kaunseling

Author: Abu Yazid Abu Bakar, Amla Mohd Salleh & Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124960

Year: 2017

Pages: 152 pp

Price: RM30

Pengujian dan penilaian psikologi menggunakan kaedah piawai dan bukan piawai merupakan slah satu prosedur pengumpulan data yang penting untuk menyokong pelaksanaan perkhidmatan membantu seperti kaunseling, psikoterapi, dan kerja sosial dengan lebih berkesan. Umpamanya, dalam konteks perkhidmatan kaunseling amalan pengujian dan penilaian psikologi berperanan membantu kaunselor menyelami isu dan pemasalahan yang dihadapi klien dengan lebih mendalam seterusnya membantu kaunselor merangka pelan rawatan dan intervensi yang bersesuaian. Buku ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran berterusan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan profesional pembantu, dengan fokus utama disasarkan kepada pengamal dan bakal pengamal dalam profesion kaunseling. Ini kerana kemahiran melaksanakan pengujian dan penilaian psikologi dengan berkesan akan mendorong kaunselor menjalankan fungsi dan peranan mereka untuk membantu klien memperolehi tahap kesejahteraan mental dan emosi dengan lebih sempurna. Selain itu, maklumat yang terkandung dlam buku ini juga boleh menjadi rujukan bermakna kepada semua golongan pengamal dan profesion membantu yang lain seperti ahli psikologi, ahli terapi, pekerja sosial dan sebagainya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI