Penyakit Buah Pinggang Kronik: Interaksi Genetik dan Persekitaran

RM45.00
9789672513650
2 item(s)
+

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Interaksi Genetik dan Persekitaran

Authors: Norfazilah Ahmad, Nor Azian Abdul Murad, Rahman Jamal
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513650
Weight: 0.34kg
Pages: 218pp
Year: 2021
Price: RM45

Pelbagai usaha telah dijalankan secara menyeluruh untuk mengenal pasti faktor genetik dan persekitaran bagi penyakit buah pinggang kronik dalam kalangan pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, terdapat jurang ilmu mengenai peranan interaksi antara genetik dan persekitaran dengan penyakit kronik ini. Faktor persekitaran adalah faktor utama yang meningkatkan risiko pesakit terhadap penyakit renal kronik, terutama bagi pesakit di dalam persekitaran berisiko tinggi. Faktor persekitaran berisiko tinggi yang dimaksudkan seperti peningkatan umur, jantina lelaki, status merokok, pesakit obes berdasarkan ukur lilit pinggang dan paras lemak dalam darah tidak terkawal. Ini menunjukkan fokus pencegahan dan perawatan terhadap penyakit renal kronik melalui modifikasi faktor persekitaran yang boleh diubah suai adalah bertepatan. Manakala, faktor genetik mempunyai kesan yang kecil terhadap penyakit buah pinggang kronik. Kesan faktor persekitaran yang besar dan faktor genetik yang kecil terhadap penyakit renal kronik dalam kalangan pesakit diabetes ini adalah contoh yang tepat bagi sesuatu penyakit kronik yang kompleks. Oleh itu, buku ini cuba mengupas secara terperinci berdasarkan fakta terbaru berkaitan interaksi antara genetik dan persekitaran untuk mencegah penyakit kronik ini.

NORFAZILAH AHMAD, MBBS, PhD, Profesor Madya di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan perubatan awam, dengan pengkhususan Epidemiologi dan Statistik Perubatan. Beliau mengkhusus dalam bidang penyakit tidak berjangkit dan perubatan molekul.

NOR AZIAN ABDUL MURAD, PhD Profesor Madya dan Pengarah di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI). Beliau mengkhusus dalam penyakit tidak berjangkit seperti hiperkolesterolemia, diabetes dan penyakit neurodegeneratif (penyakit Parkinson).

RAHMAN JAMAL, MD, PhD Pensyarah Perubatan di UKM dan merupakan felo utama UMBI. Merupakan seorang Profesor dalam bidang Pediatrik Onkologi dan Hematologi. Beliau mengkhusus dalam bidang penyelidikan kanser dan genetik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI