Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme
Origin: Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism
Author: Azzam Tamimi
Translator: Muhammad Syamil Dzulfida & Ahmad Nabil Amir
Publisher: Islamic Renaissance Front
ISBN: 9789671520147
Year: 2018
Pages: 462 pp
Price: RM65.00
“Jika Tuhan inginkan daku menjadi syahid bagi segala masjid-masjid, biarkannya. Tetapi aku ingin memberitahumu bahawa kematianku tidak akan sia-sia, dan daripada darahku, kembang-kembang Islam akan tumbuh mekar.” - Rachid Ghannouchi
Azzam Tamimi memperkenalkan pemikiran Sheikh Rachid Ghannouchi, aktivis politik Islamis yang terkenal yang menerajui parti politik Islamis di Tunisia yang terpenting, Ennahdah yang dahulunya dikenali sebagai Ḥarakat al-Ittijāh al-Islāmī, atau Islamic Tendency Movement yang sebelumnya diharamkan oleh rejim otoriter Zine Abidin Ben Ali, dan kini merupakan parti utama dalam kerajaan tripartit di Tunisia. Ghannouchi, yang hidup dalam buangan selama tempoh yang panjang kerana diburu oleh rejim Tunisia, juga merupakan pemimpin sebuah aliran mazhab dalam pemikiran politik Islam moden yang menganjurkan demokrasi dan pluralisme. Beliau menekankan kesejajaran demokrasi dengan Islam, dan percaya bahawa demokrasi liberal mungkin bersejajaran dengan masyarakat Islam sepertimana hal yang menyangkut dengan sistem tatakelola, hak asasi, dan kebebasan sivil. Maka beliau mengutarakan teorinya tentang faraghāt atau ruang-ruang vakum di mana urusan aqidah itu berada dalam ruang deenī akan tetapi urusan politik dan kenegaraan itu dalam ruang siyāsi, yang memerlukan pena’kulan yang kritis dan bukannya terikat dengan sumber wahyu dalam mentadbir urusan duniawi. Dalam hal ini, Azzam Tamimi tidak hanya menghasilkan kerja yang sangat baik dalam membongkar sosok Ghannouchi, sebagai seorang aktivis politik dan cendekia, tetapi penyorotannya tentang ideologi Ghannouchi cukup unik dan menyerlahkan mengapa Ghannouchi berkemungkinan merupakan intelektual Islam yang terpenting dan paling berpengaruh dalam dekad ini.
Untuk membaca kata pengantar, prakata dan uraian buku ini, sila ke link di bawah:
Dr Dzulkefly Ahmad - http://ilhambooks.com/blog/kata-pengantar-edisi-me...
Saari Sungib - http://ilhambooks.com/blog/azzam-tamimi-dan-rachid...
Dr Farouk Musa - http://ilhambooks.com/blog/uraian-buku-rachid-ghan...
Dr Mujahid Yusof Rawa - http://ilhambooks.com/blog/uraian-rachid-ghannouch...
Untuk membaca artikel penting terbaru Rached Ghannouchi pasca Arab Spring. Sila Klik