Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

RM60.00
9789671520109
68 item(s)
+
Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

Origin: Reconstruction Religious Thought Islam

Author: Muhammad Iqbal

Translator: Maryam Zakiah

Publisher: Islamic Renaissance Front

Year: October, 2017

ISBN: 9789671520109

Pages: 346 pp

Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam ini merupakan kumpulan siri syarahan Allamah Muhammad Iqbal antara tahun 1928 hingga 1930. Ia menghimpunkan lontaran idea dan warisan pemikiran Iqbal yang luar biasa tentang ijtihad, intuisi, metafizik, falsafah esoteric Islam, tajdid dan pembaharuan pemikiran; yang melakarkan pernyataan yang autentik tentang ideologi dan pemikiran Iqbal yang mendasar.

Ia adalah sebuah karya penting Iqbal yang memaparkan idea-ideanya tentang pemikiran keagamaan, pemahaman tauhid, reformasi budaya, dan persuratan Islam. Buku ini memuatkan tujuh bab perbahasan dengan menggariskan tema-tema ringkas seputar pengetahuan dan pengalaman beragama, falsafah, konsep ketuhanan, wahyu, semangat kebudayaan Islam, prisip pergerakan dalam struktur Islam, keegoan manusia, serta kebebasan dan kelestariannya. Iqbal menegaskan aspirasi perubahan, kemodenan, dan ijtihad yang jelas dengan mengungkapkan:

“Did the founders of our school ever claim finality for reasoning and interpretation?

Never!!”

Penegasan ini lahir daripada inspirasi pembaharuan yang dicetuskan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan dan merupakan penerusan kepada gagasannya dalam pencarian satu kerangka untuk memahami Islam dari perspektif moden. Dalam buku ini, Iqbal telah melakarkan visi Islam yang signifikan dan jelas ke arah rekonstruksi pemikiran dan ijtihad. Himbauan yang cekal dan berani, serta jauh melangkaui zamannya, yang dianggap tidak memahaminya. Sesungguhnya idealisme perubahan ini, yang dihimbau dalam karangannya ini, adalah demi untuk menggerakkan kesedaran agama dan mencetuskan kebangkitan serta menggembeling wacana perubahan serta pengembangan ijtihad.

--------

Muhammad Iqbal adalah antara Manusia Baru – The New Man – yang dilahirkan di era moden. Sering dikaitkan sebagai seorang pujangga dengan berfilsafat dan kepenyairannya, beliau adalah seorang intelektual Muslim yang sadar akan kondisi masyarakat Islam baik dari segi politik, sosio-ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan keagamaan. Buku Rekonstruksi Pemikiran Islam adalah kesaksian betapa jalan keluar untuk membongkar dan membangun-semula pemikiran dan peradaban Islam, yakni keluar dari kejumudan, kejahilan dan keterabaian, adalah sebahagian dari ijtihaddan jihad yang tertanggung di pundak Muslim, hasnya di kalangan kepimpinannya. Cara kupasan dan hujah yang memperlihat dialektika berfikir dengan visi dan ketajaman intelektual, sekaligus menandakan kepedulian kepada maslahat yang lebih besar, bukan sekadar kepuasan berhujah ilmu. Naskhah Rekonstruksi ini tentu bukanlah peta mutlak bagi mereka yang yakin akan pembaharuan yang perlu ditangani dari masa ke masa, tetapi menjadi batu tanda kepada kita bahawa apa juga rekonstruksi harus mempertimbangkan antara filsafat baru dan turath, antara yang sejarah dan kondisi semasa yang parah, antara ilmu dan amal, antara pembangunan dan kekuatan dalaman. Menyahuti cabaran Iqbal bukan setakat menghargai apa yang telah diapungnya, tetapi juga memperpanjang wacana rekonstruksi ini. Tugas itu tidak mustahil. Dan tekad pembaharuan harus menjadi obor kesadaran dan keagamaan bagi mereka yang yakin bahawa agama ini menjadi rahmah kepada sekalian alam.

Dr Azhar Ibrahim, Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI