Rumah Syurgaku: Penjagaan Warg Emas Jangka Masa Panjang Di Malaysia

RM60.00
9789672515265
3 item(s)
+

Rumah Syurgaku: Penjagaan Warg Emas Jangka Masa Panjang Di Malaysia

Editor: Khadijah Alavi & Fazni Mat Arifin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515265
Weight: 
Pages: 427
Year: 2022
Price: RM60

Kajian penjagaan warga emas jangka masa panjang yang bersepadu dan mampan bertujuan untuk mendiagnostik jurang analisis perkhidmatan formal dan tidak formal di Malaysia ke arah mencapai negara menua pada tahun 2030. Isu utama kajian ini ialah perkhidmatan penjagaan formal dan tidak formal sedia ada kurang koordinasi antara pelbagai agensi di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Liputan lokasi penyelidikan merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan penandaarasan antarabangsa lima (5) buah negara (Australia, United Kingdom, Sweden, Jepun dan Singapura). Keunikan karya ini ialah penulis/pensyarah UKM berlatarbelakang multi-disiplin (sains sosial, perubatan, sains kesihatan, kejuruteraan, ekonomi dan undang-undang). Buku ini boleh dijadikan landasan ke arah perancangan dan pelaksanaan menghadapi negara tua pada tahun 2030. Kandungan buku ini merangkumi penawaran perkhidmatan sedia ada, permintaan perkhidmatan formal dan tidak formal penjagaan warga emas peringkat hospital, pusat jagaan, komuniti dan di rumah dalam dan luar negara sehingga membentuk cadangan model penjagaan warga emas di Malaysia. Kajian ini mencadangkan model rumah syurgaku penjagaan warga emas jangka masa panjang mengikut kontinum perkhidmatan berkualiti berasaskan komuniti. Analisis jurang dalam akta, dasar dan perundangan berkaitan penjagaan warga emas di Malaysia juga telah diperincikan. Buku ini juga menyediakan syor tadbir urus yang bersepadu, unjuran modal insan yang kompeten dan model pembiayaan penjagaan warga emas jangka masa panjang yang bersepadu dan mampan di Malaysia. Rumah Syurgaku penjagaan warga emas jangka masa panjang perlu dilengkapi dengan aplikasi teknologi mesra warga emas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mencapai kesejahteraan hidup yang komprehensif, holistik, sistem integrasi antara sosial dan kesihatan menjelang tahun 2030.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI