​Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi

RM40.00
9789671520154
91 item(s)
+

Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi

Penulis: Ahmad Nabil Amir

Penerbit: Islamic Renaissance Front

ISBN: 9789671520154

Mukasurat: 200 pp

Buku Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi ini merumuskan falsafah pemikiran dan sumbangan Shaykh Muhammad Abduh kepada pengetahuan sains dan teknologi. Ia menyorot gagasan saintifik yang kritis yang digulirkan dalam karya-karya pentingnya seperti Al-Islam wa’l Nasraniyyah ma‘a al-‘Ilm wa’l-Madaniyyah [Islam dan Kristian dan Pendirian Keduanya terhadap Sains dan Peradaban], Risalah al-Tawhid, dan dalam kitab tafsirnya yang berbobot dan autoritatif Tafsir Juz ‘Amma dan Tafsir al-Manār. Konstruksi saintifik yang rasional ini dibawakan dalam pandangannya yang moden dan rasional tentang faham pemikiran, ijtihad, akal, rasionaliti, maslahat dan kebebasan.

Tulisannya membawakan gagasan dan pencerahan saintifik yang mendasar, dari tinjauan yang kritis terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengilhamkan pemahaman saintifik yang fundamental. Ia menghimbau dan mengembangkan tafsiran moden yang digarap dari idea dan filsafat sains yang dinamik yang digulirkan oleh Sayyid Jamāl al-Dīn al-Afghānī. Abduh telah mengilhamkan kekuatan dan pencerahan yang bermakna dalam harakat perjuangan yang digerakkan menuju kebangkitan saintifik dan mencetuskan aspirasi penting dalam merekonstruksi pemikiran dan menciptakan asas pengetahuan sains yang progresif di dunia Islam


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI