Tanggungjawab Syarikat Minyak dan Gas Terhadap Perlindungan Hak Asasi Manusia

RM35.00
978-967-251-536-4
5 item(s)
+

Tanggungjawab Syarikat Minyak dan Gas Terhadap Perlindungan Hak Asasi Manusia

Author: Ma Kalthum Ishak, Rohaida Nordin
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-536-4
Weight: 
Pages: 188
Year: 2021
Price: RM35

Perlanggaran hak asasi manusia oleh syarikat minyak dan gas (M&G) semasa menjalankan aktiviti perniagaan telah memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar dan hak asasi orang asal. Buku ini membincangkan tanggungjawab syarikat M&G di bawah undang-undang dan mengenal pasti kes perlanggaran hak asasi manusia oleh syarikat ini serta faktor yang membawa kepada perlanggaran tersebut. Tinjauan juga dibuat kepada kerangka undang-undang Malaysia sedia ada dan bagaimana undang-undang ini dapat mengawal syarikat M&G serta menganalisis piawaian undang-undang antarabangsa dan bagaimana piawaian ini boleh diaplikasikan di Malaysia bagi mencegah perlanggaran dan meningkatkan tanggungjawab syarikat M&G terhadap hak asasi manusia. Pemerhatian yang dibuat oleh pengarang menunjukkan bahawa kes perlanggaran berlaku di Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk mencegah perlanggaran oleh syarikat M&G, manakala menurut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, tanggungjawab untuk melindungi hak asasi terletak ke atas negara. Melihat kepada peranan yang sangat besar yang dimainkan oleh syarikat, beberapa piawaian seperti Prinsip Panduan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (PHAM), Global Compact, dan Garis Panduan OECD telah diperkenalkan dibawah undang-undang antarabangsa. Penekanan kepentingan syarikat M&G khususnya yang beroperasi di Malaysia diutamakan untuk menghormati hak asasi manusia dan mencadangkan langkah yang perlu diambil untuk mencegah perlanggaran hak asasi manusia dalam konteks alam sekitar dan orang asal.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI