Teknologi Komputer Quantum: Pengkelasan Keterlibatan Sistem Tiga Qubit

RM25.00
9789672513322
1 item(s)
+

Teknologi Komputer Quantum: Pengkelasan Keterlibatan Sistem Tiga Qubit

Authors: Siti Munirah Mohd, Bahari Idrus & Hishamuddin Zainuddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513322
Weight: 0.17kg
Pages: 91pp
Year: 2021
Price: RM25

Konsep keterbelitan merupakan teras penting bagi komputer quantum khususnya dalam bidang maklumat quantum, Keterbelitan merupakan fenomena fizikal yang menghubungkan sepasang atau sekumpulan zarah yang saling berinteraksi tanpa mempertimbangkan jarak antara zarah tersebut Dengan adanya keterbelitan, proses penghantaran maklumat menjadi lebih cepat kerana penghantaran dilakukan secara serentak dalam tempoh masa yang singkat. Keterbelitan dapat ditentukan dengan menggunakan pengukuran pengesanan dan pengkuantitian bagi suatu keadaan tulen dan keadaan campuran. Namun begitu, pengesanan terhadap multiqubit adalah sukar, maka konsep pengkelasan digunakan untuk penentuan jenis-jenis keadaan. Maka, buku ini menekankan pengkelasan keterbelitan menggunakan model operator kumpulan unitari istimewa, SU (2) dan SU (4) dalam sistem tiga qubít. Model operator ini dibangunkan menggunakan konsep transformasi unitari setempat terhadap keadaan quantum terpisahkan tulen sepenuhnya menggunakan enam parameter yang telah dipilih dan disimulasikan pada masa yang tertentu. Hasil dapatan pengkelasan tiga qubit menggunakan gabungan model operator SU (2) dan SU (4) ialah lima jenis kelas keadaan tulen. Lima jenis kelas ditentukan berdasarkan nilai pengukuran entropi von Neumann iaitu kelas A-B-C, kelas A-BC, kelas C-AB, kelas GHZ dan kelas W.

SITI MUNIRAH MOHD (Ph.D) merupakan pensyarah di Kolej GENIUS Insan, Universiti sains islam Malaysia (USIM). Bidang utama penyelidikan beliau iaitu komputeran quantum, pemprosesan maklumat quatum dan teknologi pendidikan.

BAHARI IDRUS (Ph.D) merupakan pensyarah kanan di Pusat Kajian Teknolog Kecerdasan Buatan (CAIT), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mula berkhidmat dengan UKM sejak Januari 2001. Kajian penyelidikan beliau sekarang tertumpu kepada permodelancar Simulasi komputeran quantum dengan memfokus kepada algoritma quantum.

HISHAMUDDIN ZAINUDDIN (Ph.D) merupakan Profesor Madya di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang utama penyelidikan beliau ialah Pengquantuman, asas teori quantum dan pemprosesan maklumat quantum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI