Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan Jilid 1

RM35.00
9789672515449
2 item(s)
+

Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan

Author: Normah Mustaffa & Mohd Azul Mohamad Salleh
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789672515449
Weight: 
Pages: 173
Year: 2021
Price: RM35.00

Sesuatu penyelidikan perlu berlandaskan teori kerana teori menjadi panduan dalam menyelesaikan sesuatu fenomena atau isu yang berlaku di persekitaran. Teori dianggap sebagai satu cerita tentang bagaimana' dan 'mengapa' sesuatu peristiwa berlaku. Dengan erti kata lain, teori adalah satu set konsep dan pernyataan hubungan yang membolehkan kita memahami, memerihal, menjelaskan, menilai, meramal dan mengawal sesuatu fenomena. Buku Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan: Jilid 1 mempersembahkan satu koleksi esei asli tentang teori yang digarap secara komprehensif hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh setiap pengkaji. Setiap bab dalam buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan kepada teori, pengaplikasian teori dalam penyelidikan dan kesan atau penambahbaikan kepada teori. 

Setiap bab ditulis dengan gaya bahasa mudah berserta contoh-contoh dan ilustrasi yang bersesuaian bagi memudahkan pemahaman dan perkaitan antara teori dengan fenomena yang dikaji. Buku ini merupakan usaha kolaboratif ahli akademik yang mengamati sesuatu isu komunikasi semasa daripada perspektif yang berbeza. Tiada satu lensa serupa yang boleh diguna pakai untuk meneliti isu yang sama kerana setiap pengkaji mempunyai keperluan dan pemikiran berbeza tentang dunia sosial dan sifat semula jadi pengetahuan. Terdapat pelbagai perspektif dan sudut pandangan berbeza untuk memahami bagaimana komunikasi berfungsi dalam dunia yang sangat kompleks ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI