Terjemahan & Penjelasan Tuhfat Al-Atfal: Matan Asasi Ilmu Tajwid
Author: Syeikh Sulaymān al-Jamzūrī
Translator: Rizky Febrian
Editor: Ibnu Abdil Barry
Publisher: Rihla Media
ISBN: 9789671495070
Weight: 0.3
Pages: 133
Year: 2020
Price: RM25
Kitab Tuhfat al-Atfal merupakan sebuah karya penting yang dikarang oleh Syeikh Sulayman al-Jamzūri, beliau merupakan seorang tokoh ilmuwan berwibawa abad 12 H. Sehingga hari ini, Kitab Tuhfat al-Atfal masih lagi dijadikan sebagai rujukan dalam bidang Tajwid di pelbagai institusi pendidikan al-Qur'an di dunia Muslim. Keutamaan karya berbanding karya yang lain adalah terletak pada penjelasannya yang ringkas ringkas dan mudah, serta dirangkai dalam bait-bait syair penuh makna lagi indah. Kehadiran karya ini dan yang seumpamanya merupakan bahagian daripada usaha pengajaran dan pengamalan tradisi lisan (oral tradition) yang dikaedahkan dan telah diwariskan secara turun temurun. Oleh itu, mempelajari karya ini bukan hanya sekadar belajar membaca al-Qur'an dengan baik, akan tetapi suatu usaha untuk menjaga dan meneruskan warisan intelektual dan spiritual yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah, melalui para sahabatnya dan yang mengikuti mereka. Sehingga, walaupun terpisah jarak dan masa yang begitu jauh lebih dari 1400 tahun - bacaan al-Qur'an tetap terjaga dan dibawa oleh satu disiplin yang bernama Ilmu Tajwid.