Tun Perak: Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa

RM6.00
9839915509
2 item(s)
+

Tun Perak: Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa

Author: Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd. Yusoff Hashim
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9839915509
Weight: 0.1kg
Pages: 29pp
Year: 2008
Price: RM

"Syahadan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana. Kerana pada zaman itu. 29 buah negeri yang sama besarnya : pertama Majapahit : kedua. Pasai : ketiga. Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana...".

Demikianlah yang dirawikan oleh buku Sejarah Melayu peri kehebatan Bendahara Paduka kata Tun Perak. Pada masanyalah Melaka mencapai puncak gemilang dan meniti zaman keemasan. Melaka juga dikenal sebagai emporium perdagangan yang tiada tolak bandingnya di kaca mata orang asing dari sebelah Timur dan Barat. Di situlah juga nilai-nilai intelektual dan agama Islam memancarkan sinar dan nurnya. sehingga menerangi buana mental dan membuka dengan luasnya hijab dan persada pemikiran manusiawi yang sebelum itu dibungkam oleh kegelapan dan kesamaran.

Melaka abad ke-15 dan 16 mengukir dan memahat sejarah tanahair dan serantau. Masa Kini adalah kesinambungan zaman silam Melaka. Tun Peraklah yang menjadi arkitek pengukir dan pemahal sejarah serta ketamadunan ini. Walaupun jasad dan jasmaniah Tun Perak telah tiada. Tetapi semangat, misi, daya juang, ketrampilan, intelek dan ketarbiyyahan Tun Perak tetap segar dan harus dihayati, menjadi warisan bangsa dan kesinambungan madani.

Prof. Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Haji Hashim dilahirkan di Melaka. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM). Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dan Ph.D. juga dari Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Terlatih. Tutor Universiti Malaya. Pensyarah Universiti Malaya. Profesor Madya Llniversiti Malaya dan Profesor Universiti Malaya.

Dalam bidang pentadbiran. beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Ahli Senat Universiti Malaya. Wakil Senat ke Lembaga Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya. Wakil Senat ke Jawatankuasa Perpustakaan, Universiti Malaya. Ahli Lembaga Akademi Pengajian Melayu dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kini beliau adalah Presiden. Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) di samping menjadi ahli lembaga pengarah badan-badan kerajaan dan berkanun negeri Melaka.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku sejarah dan antaranya ialah "Diskusi Sejarah" (1975). "Kesultanan Melayu Melaka" (1988). "Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur" 1800. 1930 (1992). "Pensejarahan Melayu Nusantara (1994). "Dari Luwu' ke Darul Ehsan. Tradisi Kesultanan Selangor" (2004). Beliau juga menulis banyak artikel dan telah membentangkan kertas kerja dalam peringkat negara dan antarabangsa.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada Negara, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Selangor. Bintang Cemerlang Melaka. Seri Sultan Ab. Aziz Shah. Selangor Dato' Paduka Mahkota Selangor. Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk dan Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang Mendapat anugerah Profesor Emeritus dari Universiti Malaya. 2005.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI