​Usul Al-Fiqh

RM50.00
9789674881788
1 item(s)
+

Usul Al-Fiqh

Author: Muhammad Ikhlas Rosele

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881788

Weight:

Pages:

Year: 2021

Price: RM50

Perbincangan hukum Islam atau fiqh adalah sangat penting terutamanya dalam menyelesaikan isu semasa. Selain itu, fiqh menjadi suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh keseluruhan masyarakat Islam, khususnya melibatkan rukun-rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji. Dalam perbincangan fiqh, terdapat ilmu yang menjadi dasar dan asas utamanya iaitu ilmu usul al-fiqh. Usul al-fiqh adalah satu ilmu yang menjadi panduan mujtahid untuk mengistinbatkan hukum-hukum syarak yang praktikal daripada dalil-dalilnya yang bersifat tafsili.

Buku ini mendedahkan penjelasan mengenai usul al-fiqh yang menyeluruh sebagai panduan asas dalam memahami ilmu fiqh atau ilmu syariah umumnya. Perbincangan yang terkandung dalam buku ini meliputi konsep usul al-fiqh, dalil-dalil syarak, teori hukum, kaedah penafsiran nas, ta’arud dan tarjih, ijtihad dan taqlid. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh penuntut ilmu atau pelajar dalam bidang Syariah dari pelbagai peringkat secara khusus dan masyarakat awam secara amnya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI