Wira Bukit Kepong: Yusoff Rono

RM25.00
9832600251
2 item(s)
+

Wira Bukit Kepong: Yusoff Rono

Author: Muhammad Zaidee Daut | Ramlah Adam, PhD
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9832600251
Weight: 0.27kg
Pages: 114pp
Year: 2008
Price: RM

Muhammad Zaidee bin Daut, dilahirkan pada 10 Ogos 1974 di Melaka. Mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Rendah Sri Langat, Banting Selangor dan Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 6, Shah Alam Selangor. Beliau kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Datuk Jaafar, Johor Bahru sehingga tahun 1991,

Muhammad Zaidee bertugas di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sejak tahun 1994. Beliau pernah mengikuti kursus Penulisan Skrip Dokumentari anjuran FINAS pada tahun 2003 dan beberapa kursus yang berkaitan dengan perpustakaan. Kini beliau sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Multimedia di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Beliau mula bergiat cergas dalam bidang penulisan apabila menjadi wartawan sambilan di akhbar Berita Harian Cawangan Melaka dari tahun 1997 hingga 2001. Dalam tempoh yang sama, beliau juga turut menjadi wartawan sambilan di akhbar rasmi kerajaan Negeri Melaka iaitu Suara Melaka (sekarang ini Melaka Hari Ini) sehingga ke hari ini. Selain itu, beliau juga merupakan sidang pengarang Buletin PERPUSTAM sejak tahun 1995 hingga kini.

Sepanjang aktif dalam bidang penulisan, beliau telah menjadi penulis tamu di Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan telah menulis beberapa artikel dan rencana untuk dibukukan oleh IKSEP.

Antaranya ialah Adat Budi Bahasa Masyarakat Melayu Melaka dalam buku Adat Istiadat Masyarakat Melayu Melaka yang diterbitkan pada tahun 1995, menulis biografi tokoh-tokoh Melaka dalam buku Tokoh-Tokoh Gemilang Melaka dan kini buku biografi Yusoff bin Rono. Beliau juga kini sedang giat menyiapkan buku "Sejarah Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)" bersama tokoh budayawan Melaka, Datuk Wira Borhan bin Md Yaman yang akan diterbitkan oleh LBM pada akhir tahun ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI