Islam dan Masharakat

RM20.00
9789672672029
2 item(s)
+

Islam dan Masharakat

Author: Syed Hussein Alatas
Publisher: Lestari Hikmah
ISBN: 9789672672029
Weight: 
Pages: 66pp
Year: 2023
Price: RM20

Seringkali sudut pandang kita terhadap amalan keagamaan yang baik ialah sejauh mana tahap kepatuhan dan pemeliharaan perhubungan seorang penganut dengan Tuhannya yang Maha Pencipta. Seruan untuk meningkatkan ketakwaan-ketaatan dalam melaksanakan perintah Tuhan-sering dibingkaikan dalam bentuk perintah kesolehan peribadi bagi menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Pada masa yang sama, persoalan takwa sosial mempunyai kedudukan yang sama penting kerana ia memberi gambaran kepada penghayatan ketakwaan secara holistik. Takwa sosial meliputi rasa empati terhadap sesama manusia dan segala ciptaan Tuhan dengan memahami kondisi hubungan kemasyarakatan. Justeru, dalam buku ini, Alatas mengetengahkan faktor masyarakat dan perhubungannya dengan Islam dalam pelbagai aspek ketakwaan selain menjelaskan apakah Islam dari perspektif masyarakat.

Bagi persoalan ini, Alatas berhasil membuktikan sifat sosial Islam yang menitikberatkan konteks masyarakat semasa di samping menolak faham Islam sebagai agama fatalisme. Ini dirumuskan dengan kemas dalam pemerhatian Alatas tentang bagaimana "socio-historical method", yakni dengan menguasai faktor sosio-budaya-politik-ekonomi masyarakat, mengambil peranan penting dalam memaknai agama Islam yang sebenar.

Muthanna Saari

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI