Kesedaran Diri dan Kekeldaian

RM30.00
9789672672043
1 item(s)
+

Kesedaran Diri dan Kekeldaian

Author: Ali Shariati
Publisher: Lestari Hikmah
ISBN: 9789672672043
Weight: 0.4kg 
Pages: 77pp 
Year: 2023
Price: RM30

Tidak sedikit masalah-masalah yang menimpa umat manusia hari ini akibat daripada tindak-tanduk orang-orang “bodoh” di pundak kekuasaan. Kepimpinan yang bodoh, lantas sombong pula dengan kebodohannya, tidak sahaja mendatangkan bala dalam agenda pembangunan, bahkan mereka juga memacu proses pembodohan terhadap masyarakat yang dipimpin mereka.

Hal-hal seperti ini begitu berleluasa di negara-negara membangun sehinggakan Prof. Dr. Syed Hussein Alatas, pemikir besar dari alam Melayu, mengungkapnya sebagai suatu fenomena sosial, diistilahkan sebagai gejala Bebalisme dan kepimpinan Jadong (singkatan ‘jahat, bodoh dan sombong’). Gejala inilah yang akhirnya merencatkan agenda pembangunan negara sekaligus membantutkan proses pembebasan masyarakat dari belenggu-belenggu yang mengikat mereka.

Pemerhatian Prof. Dr. Syed Hussein Alatas ini sebenarnya berakar daripada tradisi panjang pemikir-pemikir masyarakat dunia yang berusaha melawan agenda pembodohan yang dipaksakan terhadap masyarakatnya. Sebelumnya, seperti yang terungkap dalam karya terjemahan ini, wujud sosok seperti Ali Shariati (1933 – 1977) yang lantang melondeh nalar-nalar gerakan pembodohan dalam masyarakat Iran.

Melalui penulisan-penulisan beliau, Shariati memperkenalkan istilah estehmār’ (kekeldaian atau pembodohan) sebagai salah satu bentuk penindasan yang bergerak seiring dengan esteţmār (eksploitasi ekonomi) dan estebdād (kekerasan politik). Ketiga-tiganya membentuk struktur cengkaman penindasan tiga penjuru; iaitu dalam ranah budaya, ekonomi, dan politik. Istilah-istilah ini diterokai dan diperdalam melalui pemerhatian tajam Shariati terhadap perilaku bangsanya, terutamanya golongan elit dan agamawan yang aktif mengawal naratif kebudayaan Iran ketika itu.

Keluasan dan ketajaman gagasan pembebasan (baca: anti-pembodohan) Ali Shariati dalam penulisan “Kesedaran Diri dan Kekeldaian” terus kekal relevan untuk dibaca dan dikunyah sampai lumat oleh generasi hari. Cetusan pemikiran beliau yang termuat dalam karya ini menyediakan perspektif yang kekal segar untuk kita tanggapi arus pembodohan kontemporari, baik melalui wahana digital atau bercetak, dan sekaligus mengangkat agenda pembebasan yang kritis dan mandiri dalam masyarakat!”


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI