​Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun

RM20.00
9789672672036
1 item(s)
+

Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun

Author: Syed Hussein Alatas
Publisher: Lestari Hikmah
ISBN: 9789672672036
Weight: 
Pages: 36pp
Year: 2023
Price: RM20

Tulisan Prof. Dr. Syed Hussein Alatas ini memang benar mengingatkan saya kepada pentingnya perpustakaan. Perpustakaan lebih kukuh dari gudang senjata. Senjata dibina untuk membunuh malah meruntuhkan sebuah tamadun, manakala perpustakaan dibina untuk menyubur dan menghidupkan lagi sejuta nyawa. Tanpa perpustakaan manusia tidak dapat berkongsi pengalaman, pengetahuan dan hak mereka. Perpustakaan yang terjaga rapi akan menghasilkan ledakan ilmu yang luar biasa buat pembacanya.

Hak manusia yang perlu dijaga selain mendapatkan makanan dan perlindungan adalah dengan memastikan setiap dari mereka mendapat hak untuk membaca. Tidak mungkin manusia akan hidup sepenuhnya tanpa membaca. Membaca menghasilkan idea, idea pula akan mengembara walaupun batang tubuh pendirinya sudah berbakti semula kepada alam. Kita tidak mungkin dapat melihat sisi buruk kapitalisme, semangat beragama yang jumud dan keganasan yang menggoncang tanpa adanya pembacaan yang rapi dan berkesan. Di sinilah perpustakaan memainkan peranan. Aroma bukunya bukan saja menenangkan malah memberikan perubahan. Bacalah dan nikmatilah buku ini.

W.N Khuzairey
Felo Lestari Hikmah

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI